18 March 2010

Kuiz Uji Minda Siri 02 : Perkataan tersembunyi dan Silangkata

Pada 18 Mac 2010 (Khamis) dalam musim cuti sekolah, Perpustakaan telah menganjurkan aktiviti 'Kuiz Uji Minda Siri 02 : Perkataan tersembunyi dan Silangkata'. Aktiviti dibahagikan kepada 2 kategori mengikut umur iaitu Kategori 1 peserta berumur 6 tahun hingga 10 tahun dan Kategori 2 peserta berumur 11 tahun ke atas. Kategori pertama iaitu kanak-kanak dikehendaki menjawab soalan berbentuk mencari perkataan tersembunyi. Kategori kedua pula dikehendaki menjawab soalan berbentuk silangkata. Peserta juga digalakkan untuk menggunakan sumber rujukan yang ada di dalam Perpustakaan seperti kamus, ensiklopedia untuk mendapatkan jawapan yang tepat.
Aktiviti dimulakan pada jam 2.00 petang dan tamat pada jam 4.30 petang. Perpustakaan telah menyediakan 1 hadiah utama berupa set alatulis bagi setiap kategori dan saguhati untuk setiap peserta yang terlibat. Hadiah dan saguhati tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Kelab Perpustakaan Desa, Puan Lien Chin Apat dan juga AJK Gotong royong iaitu Puan Maitah Simpongul kepada peserta. Seramai 40 peserta telah menyertai aktiviti ini dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

16 March 2010

Pertandingan Mewarna : Rajin Membaca

Pada 16 Mac 2010 (Selasa), Aktiviti 'Pertandingan Mewarna : Rajin Membaca' telah dianjurkan. Aktiviti ini menggunakan gambar bertemakan pembacaan buku. Motif lukisan tersebut dapat memupuk budaya membaca dikalangan ahli perpustakaan terutamanya golongan kanak-kanak. Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak. Pertandingan tersebut dibahagikan kepada 2 kategori iaitu peserta berumur 9 hingga 12 tahun dan peserta 8 tahun ke bawah. Seramai 41 orang jumlah peserta telah menyertai pertandingan ini.
Aktiviti dimulakan pada jam 2.00 petang dan tamat pada jam 4.30 petang. 1 hadiah utama berupa set alatulis bagi setiap kategori dan saguhati untuk setiap peserta yang terlibat. Hadiah dan saguhati tersebut telah disampaikan oleh Puan Maitah Simpongul kepada peserta.

03 March 2010

Kuiz Silangkata



Pada 03 Mac 2010 (Rabu), Aktiviti 'Kuiz Silangkata' telah dianjurkan. Peserta dikehendaki menjawab soalan dan digalakkan membuat rujukan buku di dalam perpustakaan. Semua soalan yang diberikan menguji minda peserta bagi mendapatkan jawapan yang tepat. Penyertaan dibuka kepada semua kategori termasuk Kanak-kanak, Belia dan Dewasa.
Seramai 24 peserta telah menyertai aktiviti ini. Aktiviti ilmiah sebegini dapat membantu terutamanya pelajar sekolah mahir dengan Bahasa Melayu. Aktiviti kuiz ini berlanjutan selama 2 hari bagi membuka lebih ramai penyertaan.