23 August 2010

Mewarna Merdeka



 
Pada 23 Ogos 2010 (Isnin), aktiviti 'Mewarna Merdeka' telah diadakan. Peralatan disediakan oleh perpustakaan seperti kertas lukisan, warna dan alatulis yang lain. Peserta dikehendaki membuat lukisan bertemakan 'Merdeka' sempena dengan sambutan 'Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke- 53'. Seramai 29 orang peserta telah menyertai aktiviti ini merangkumi peserta kanak-kanak dan belia.
Saguhati turut diberikan kepada semua peserta iaitu makanan ringan berupa snek. Objektif utama aktiviti ini diadakan ialah untuk memupuk semangat dalam menghayati kemerdekaan terutamanya generasi muda kini. Selain itu untuk mengasah bakat peserta dalam aktiviti seni lukisan.

09 August 2010

Kuiz Cari Perkataan Tersembunyi – Sinonim Siri 04


Pada 09 Ogos 2010 (Isnin), Perpustakaan telah menganjurkan aktiviti 'Kuiz Cari Perkataan Tersembunyi – Sinonim Siri 04'. Semua peserta dikehendaki menjawab 2 soalan bagi mencari sinonim perkataan yang tersembunyi dalam petak huruf yang diberikan. Ini bertujuan menguji minda dan mata para peserta untuk mencari baris jawapan yang tepat di samping dapat memahami pelbagai maksud sesuatu perkataan. Peserta dikehendaki menggunakan bahan rujukan didalam perpustakaan seperti kamus sinonim dan sebagainya.



Semua peserta dikehendaki menyiapkan jawapan dengan tepat dan kemas. Cabutan nama telah dibuat bagi memilih 1 sahaja pemenang hadiah utama berupa beg berisi makanan. Hadiah dan saguhati telah disampaikan oleh Petugas Perpustakaan. Seramai 20 peserta telah menyertai aktiviti ini dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Peserta terdiri dari kalangan belia dan kanak-kanak.