10 November 2010

Kraf: 'Sea Shell'

Aktiviti Kraf: 'Sea Shell' diadakan bertujuan untuk mengisi masa lapang pengunjung pada hari tersebut. 'Sea Shell' atau juga dikenali sebagai kulit cengkerang hidupan laut seperti cengkerang siput, kerang dan batu karang laut. Bahan-bahan tersebut telah dikumpul oleh peserta dan dibawa ke perpustakaan untuk di lekatkan dengan kepingan batu atau mozek berfungsi sebagai alas. Kebanyakan bahan adalah diambil daripada bahan terbuang. Peserta dibekalkan dengan gam dan salotape bagi memudahkan mereka melekatkan cengkerang tersebut pada batu dan mozek. Hasil yang paling menarik, kemas dan cantik telah dipamerkan di sudut aktiviti. Seramai 15 orang peserta dikalangan kanak-kanak telah menyertai.







04 November 2010

'Deepavali Card'

Aktiviti membuat 'Deepavali Card' diadakan sempena memeriahkan sambutan Deepavali pada 05/11/2010 nanti. Aktiviti sebegini dapat mengukuhkan semangat perpaduan serta semangat 1 Malaysia dikalangan ahli perpustakaan yang datang daripada pelbagai kaum dan agama. Peserta dibekalkan dengan kertas pelbagai warna, alatulis dan template berbentuk lampu yang digunakan semasa perayaan deepavali. Peserta juga digalakkan menulis ucapan ringkas dan membuat lakaran tambahan pada kad ucapan tersebut. 2 kad ucapan yang paling menarik, kreatif dan kemas telah diberikan hadiah berupa alatulis dan saguhati turut diberikan kepada peserta lain. Seramai 15 orang peserta kanak-kanak telah menyertai.

03 November 2010

Mewarna Deepavali

Aktiviti 'Mewarna Deepavali' telah dianjurkan bagi memeriahkan sambutan hari
Deepavali pada 05/11/2010. Ini dapat memupuk semangat 1 Malaysia dalam diri peserta yang berbilang kaum walaupun sebilangan kecil sahaja penduduk di kampung Pomotodon berketurunan India. Semua peralatan disediakan oleh perpustakaan seperti kertas lukisan, warna dan alatulis yang lain. 3 Pemenang dipilih berdasarkan hasil yang paling kemas, cantik dan kreatif dan menerima hadiah berupa alatulis. Seramai 26 Peserta dari kalangan kanak-kanak dan belia telah menyertai.



 

02 November 2010

'Halloween Maze'

Aktiviti 'Halloween Maze' ini dipilih hanyalah untuk memeriahkan sambutan Halloween sedunia yang lalu disamping memberi keseronokan kepada pengunjung perpustakaan pada hari tersebut. 'Template' kuiz sedia ada tersebut telah dicetak daripada laman internet. 'Kuiz Halloween Maze' ini mengandungi 2 soalan, menguji minda peserta untuk mencari laluan yang betul daripada peringkat mula hingga akhir di dalam gambar tersebut. Saguhati berupa snek makanan ringan telah disediakan oleh Pihak perpustakaan bagi setiap penyertaan. Seramai 15 orang peserta kanak-kanak telah menyertai aktiviti ini.


01 November 2010

Kraf: 'Pumpkin Mask'

Aktiviti 'Kraf: Pumpkin Mask' menggunakan pinggan kertas, 'template' bercetak, warna, gam dan gunting. Tema topeng muka berbentuk buah labu telah dipilih bersempena sambutan 'Halloween' yang lalu. Tema ini hanyalah bertujuan untuk memberi kelainan selain itu bahan yang digunakan senang didapati dan tidak terlalu rumit. 3 topeng yang terbaik telah di hasilkan diberi hadiah berupa snek makanan ringan. Seramai 15 orang peserta kanak-kanak telah menyertai.