27 May 2011

Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan Tahap 2





Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan Tahap 2 dianjurkan sempena memeriahkan Sambutan Kaamatan Kampung Pomotodon, Dambai dan Malaka 2011. Peserta Tahap 1 terdiri peserta yang berumur 7-9 tahun manakala tahap 2 peserta berumur 10-12 tahun. Lukisan gambar yang perlu diwarnakan berbeza kategori bertemakan perayaan Kaamatan dan  Kaum Kadazan Dusun. Seramai 20 peserta bagi kategori tahap 1 dan 20 peserta bagi kategori tahap 2. Hadiah disediakan bagi pemenang tempat Pertama, Kedua, ketiga dan juga 5 hadiah saguhati. Semua peserta diberikan sijil penyertaan.

26 May 2011

Kuiz Kaamatan 2011

Perpustakaan Desa PNM Pomotodon bersama AJK Kelab Perpustakaan, telah menganjurkan aktiviti Kuiz Kaamatan sempena memeriahkan Sambutan Kaamatan Kampung Pomotodon, Dambai dan Malaka 2011. Soalan Kuiz bertemakan Kaamatan dan juga masyarakat Etnik di Sabah iaitu Kaum Kadazan dan Dusun. Penyertaan Kuiz ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peserta dan juga mendapat sokongan ibu bapa mereka. Aktiviti dimulakan pada jam 2.30 petang dan tamat pada jam 4.30 petang. Acara dimulakan dengan taklimat oleh petugas. Pemilihan para pemenang dilakukan oleh petugas dan juga juri dilantik dari kalangan AJK Kelab PD.


Hadiah disediakan bagi pemenang tempat Pertama, Kedua, ketiga dan juga 5 hadiah saguhati. Semua peserta diberikan sijil penyertaan. Perpustakaan turut menerima sumbangan daripada orang ramai dalam pelbagai bentuk untuk dijadikan hadiah acara ini. Acara penyampaian hadiah disampaikan pada Acara Kemuncak iaitu sewaktu Majlis Sambutan Kaamatan di Dewan Pisompuruan pada 04/06/2011. YB Datuk Johnny Goh Adun Inanam merupakan Perasmi Sambutan Perayaan Kaamatan  Kg Pomotodon Dambai dan Malaka 2011 dan beliau turut berbesar hati menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Seramai 24 orang peserta terdiri daripada belia dan kanak-kanak telah menyertai.

09 May 2011

Mini Bengkel Pengurusan Fail PD Zon 16 Sabah

Pada 9 (Isnin) dan 10 (Selasa) Mei 2011. Bermula jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari, satu ‘Mini Bengkel Pengurusan Fail Zon 16 telah diadakan  di  Perpustakaan Desa Kg Pomotodon. Mini bengkel ini diadakan bertujuan untuk member pendedahan dan pembelajaran kepada para petugas pd bagi kawasan Zon 16, Inanam untuk menguruskan fail perpustakaan dengan lebih teratur, kemas dan efisien.  Pn Hanisah Liman telah ditugaskan sebagai pengajar dengan memberikan panduan dan cara-cara menyediakan fail secara praktikal kepada petugas pd iaitu Pn Sharon Sumporoh daripada Pd Kg Kitobu dan Pn Yatti Saimadan petugas Pd Kg Warisan. Antara pengisian yang telah di kongsi ialah pengenalan kepada senarai tajuk perkara bagi fail dan buku log untuk Zon 16, cara membuat minit dan pembahagian isi fail mengikut tajuk perkara.


Petugas juga didedahkan cara membuat label dengan selaras dan kemas termasuk prosedur merekodkan keluar masuk surat atau dokumen. Pn Hanisah dan petugas pd yang lain turut berbincang dan mencadangkan penambahan beberapa tajuk perkara fail untuk lebih spesifik dan teratur.  Mini Bengkel Pengurusan Fail Zon 16 ini merupakan salah satu usaha dan cadangan daripada Puan Rosemawati Mohd Ali, Penyelia Zon 16 untuk menyelaraskan nombor dan jumlah fail yang terdapat di semua pd dalam Zon 16 Sabah. Ini bukan sahaja memudahkan pengurusan malah memudahkan semua petugas berbincang hal-hal berkaitan fail secara bersama. Pelarasan ini di buat juga memudahkan kerja-kerja pemantauan penyelia kearah memantapkan lagi pengurusan Zon 16, Inanam Sabah

07 May 2011

Mesyuarat Kelab PD Pomotodon Bil 02/2011

Bermula jam 2.00 petang hingga 4.00 petang, mesyuarat bilangan ke-dua kelab PD Pomotodon telah dianjurkan. Penasihat Kelab Pn Rosemawati Bt Mohd Ali telah memperkenalkan petugas baru perpustakaan iaitu Pn Hanisah @ Haniah Binti Liman yang merupakan Pembantu Perpustakaan S17. Pn Hanisah juga secara automatik dilantik sebagai Bendahari Kelab Perpustakaan. Puan Penasihat juga telah memaklumkan berkaitan kekosongan jawatan Pembantu Am Pejabat N1 di Perpustakaan. Antara agenda yang dibincangkan ialah, perbincangan berkaitan aktiviti Sambutan Harijadi Kawanku dan juga aktiviti perpustakaan sempena Sambutan Kaamatan Kampung Pomotodon nanti.



Antara perkara yang dibincangkan ialah, tarikh, tempat, pelantikan AJK pelaksana bagi kedua aktiviti tersebut, aturcara, hadiah, makanan, promosi dan yuran. Petugas juga akan menyediakan senarai nama ahli perpustakaan yang akan menyambut hari jadi daripada rekod keahlian perpustakaan. Gotong royong akan diadakan sebelum aktiviti tersebut. Kutipan yuran setiap ajk turut diutarakan bagi mengumpul dana kelab tersebut. Mesyuarat tersebut berjalan dengan lancar. Jamuan makan telah disediakan oleh petugas PD. Petugas juga telah mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan ikhlas daripada yang hadir. Seramai 29 orang telah hadir terdiri daripada dewasa, belia dan kanak-kanak.

06 May 2011

Kuiz: Cari Gambar Tersembunyi





Kuiz : Cari Gambar Tersembunyi. Mengandungi soalan berbentuk mencari jumlah gambar burung yang tersembunyi di dalam rimbunan daun sebatang pokok. Aktiviti ini bertujuan menguji minda dan mata para peserta untuk mencari jumlah jawapan yang betul. Selain itu peserta juga dikehendaki mewarnakan gambarajah tersebut dengan kemas dan cantik bagi mendapatkan markah lebih. Hanya 3 sahaja pemenang hadiah utama dipilih dan menerima hadiah berupa alatulis. Seramai 20 peserta kanak-kanak telah menyertai.