22 February 2010

Mewarna: 'Apple Read A Book'


Pada 22 Febuari 2010 (Isnin), Aktiviti 'Mewarna: Apple Read a Book' telah dianjurkan. Aktiviti itu telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakan dari ahli perpustakaan yang hadir. Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak. Seramai 30 orang peserta telah menyertai aktiviti ini. Aktiviti dimulakan pada jam 2.00 petang dan tamat pada jam 5 petang. Objektif utama aktiviti ini diadakan ialah untuk mengasah bakat ahli perpustakaan dalam aktiviti seni lukisan. Gambar tema yang yang dipilih dapat memupuk minat membaca dikalangan para peserta.


17 February 2010

Kuiz Uji Minda 01 : Penjodoh Bilangan dan Sinonim



Pada 17 Febuari 2010 (Rabu), Aktiviti 'Kuiz Uji Minda: Bahasa Melayu (Penjodoh Bilangan dan Sinonim)' telah dianjurkan. Peserta perlu menjawab 2 soalan iaitu soalan berbentuk Penjodoh bilangan dan satu soalan lagi berbentuk Sinonim. Ini bertujuan menguji minda peserta untuk memahami Bahasa Melayu dengan lebih cekap lagi. Ini dapat membantu terutamanya pelajar sekolah mahir dalam Subjek Bahasa Melayu. Penyertaan dibuka kepada semua kategori termasuk Kanak-kanak, Belia dan Dewasa. Semua soalan yang diberikan adalah untuk menguji minda peserta bagi mendapatkan jawapan yang tepat. Peserta juga digalakkan untuk menggunakan sumber rujukan di Perpustakaan seperti kamus sinonim dan sebagainya.
Seramai 34 peserta telah menyertai aktiviti ini.

10 February 2010

Mewarna: 'Dragon Chinese'


Pada 10 Febuari 2010(Rabu), Aktiviti Mewarna: Chinese Dragon' telah dianjurkan. Seramai 25 orang kanak-kanak dan belia telah menyertai aktiviti ini.

Aktiviti sebegini diadakan sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba. Ia menggalakkan para peserta mewarna gambar dengan tema tertentu. Sebahagian lukisan yang telah dipamerkan untuk tatapan umum.

03 February 2010

Kad Tahun Baru Cina


Pada 03 Febuari 2010(Rabu), Perpustakaan Desa PNM Pomotodon telah menjalankan Aktiviti Membuat Kad Ucapan Tahun Baru Cina. Seramai 25 orang kanak-kanak dan belia telah menyertai aktiviti ini. Aktiviti membuat kad ucapan ini dijalankan bersempena Sambutan Tahun Baru Cina 2010. Ia menggalakkan para peserta untuk membuat kad ucapan dengan idea kreatif sendiri untuk dikirimkan kepada keluarga atau rakan-rakan. Sebahagian kad yang menarik telah dipamerkan untuk tatapan umum dan sebahagian lagi diambil oleh peserta untuk dikirimkan kepada kawan yang meraikan perayaan tersebut.


Aktiviti sebegini dapat memupuk sikap rajin dalam diri para peserta untuk kerap datang ke perpustakaan. Menjadikan perpustakaan bukan sahaja tempat menimba ilmu, juga sebagai tempat mempertingkatkan kreativiti dan sekaligus menjadikan mereka aktif.