23 April 2011

Program 'Street Smart Lesson for Life' dan Lawatan ke Perpustakaan Negeri Sabah

Petugas bersama beberapa orang ahli perpustakaan telah menyertai satu Program ‘Street Smart Lesson for Life’ anjuran Petronas yang telah diadakan di Ruang Legar, Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah. Penyertaan ini adalah antara kerjasama petugas Perpustakan Desa kawasan Kota Kinabalu bagi memenuhi kalendar aktiviti perpustakaan masing-masing. Antara Perpustakaan Desa yang terlibat ialah Pd Kg Pomotodon Inanam, Pd Kg Warisan Inanam dan Pd Kg Sailan Putatan. Penglibatan antara PDesa ini bermula dari perbincangan antara penyelia dengan mengambil peluang melibatkan diri dengan aktiviti luar yang dianjurkan oleh organisasi lain. Ini memberi manfaat kepada petugas dan juga ahli perpustakaan yang terlibat.


5 orang wakil ahli perpustakaan daripada Pd Kg Pomotodon menjadikan jumlah kesemua peserta daripada kesemua Pdesa termasuk petugas ialah 25 orang peserta (dewasa dan kanak-kanak). Urusetia Petronas yang terlibat adalah seramai 6 orang. Pengunjung yang hadir berpeluang melihat pertunjukan dan menjawab kuiz berkaitan keselamatan jalanraya daripada bahan pameran yang di sediakan. Peserta juga dihiburkan dengan Maskot kempen Kesedaran Jalan Raya iaitu ‘Siti’. Selain itu terdapat juga kaunter jualan cenderahati bagi pengunjung yang berminat untuk dijadikan kenangan. Kumpulan Perpustakaan Desa diberikan masa 2 jam bermula jam 10 pagi dan tamat pada jam 12.00 tgh. 2 sesi aktiviti telah dianjurkan iaitu pertandingan mewarna kategori umur 7-9 tahun dan 10-12 tahun. Manakala aktiviti yang kedua ialah Aktiviti Keluarga yang diadakan secara berkumpulan. 1 kumpulan mewakili 5 orang peserta. Aktiviti Keluarga ini, peserta dikehendaki mencipta satu halangan (bumper) untuk diletakkan di hadapan model kereta. Kemudian ‘bumper’ itu akan diuji kesan hentakannya melalui eksperimen pelanggaran (hentakan) pada sebiji telur. Kumpulan yang berjaya dipilih berdasarkan telur yang tidak pecah apabila hentakan daripada ‘bumper’ ciptaan mereka. Peralatan yang digunakan untuk membuat ‘bumper’ seperti straw, kertas, salotape, gunting dan kepingan aluminium.

Hadiah dan saguhati telah disampaikan oleh urusetia penganjur berupa alatulis dan permainan. Selain itu, peserta juga dibekalkan dengan replika kad lesen untuk kenangan. Tepat jam 12.30 ptg sesi bergambar telah diadakan bersama urusetia program. Ucapan terima kasih turut disampaikan atas layanan baik mereka terhadap lawatan Perpustakaan Desa ini. Kerjasama dan penyertaan perpustakaan adalah untuk menyokong usaha dan program yang dianjurkan oleh organisasi disamping dapat menyebarkan kesedaran berkaitan keselamatan jalan raya.



13 April 2011

Kolaj: 'Grow Plant'




'Kolaj: Grow Plant' memerlukan peralatan seperti  tempalate kertas bergambar tumbuhan berakar, pensil warna, gam dan gunting.  Seramai 21 orang peserta telah menyertai aktiviti ini terdiri daripada kanak-kanak. Peserta dikehendaki menghasilkan kolaj dengan kemas, cantik dan menarik. Mereka perlu mewarnakan terlebih dahulu gambar pokok bunga dan pasu tersebut dan kemudian mengguntingnya dan dilekatkan pada sekeping kertas kosong yang telah disediakan. Susunan dan lakaran tambahan mengikut idea masing-masing. Hadiah utama telah diberikan kepada 3 peserta dengan hasil yang terbaik.

12 April 2011

Kuiz: Amazing Maze

Kuiz : 'Amazing Maze' mengandungi 2 soalan berbentuk membina lakaran laluan yang tepat dari permulaan hingga akhir. Setiap soalan mempunyai gambarajah yang berbeza. Aktiviti ini bertujuan menguji minda, pengetahuan dan mata para peserta untuk mencari jawapan yang betul. Selain itu peserta juga dikehendaki menulis lakaran yang kemas dan cantik bagi mendapatkan markah lebih. Peserta juga digalakkan mewarnakan gambarajah soalan tersebut bagi mendapatkan markah lebih. Hanya 1 sahaja pemenang hadiah utama dipilih dan menerima hadiah berupa alatulis. Seramai 25 peserta telah menyertai aktiviti ini terdiri dari kalangan kanak-kanak.