Kuiz : 'Amazing Maze' mengandungi 2 soalan berbentuk membina lakaran laluan yang tepat dari permulaan hingga akhir. Setiap soalan mempunyai gambarajah yang berbeza. Aktiviti ini bertujuan menguji minda, pengetahuan dan mata para peserta untuk mencari jawapan yang betul. Selain itu peserta juga dikehendaki menulis lakaran yang kemas dan cantik bagi mendapatkan markah lebih. Peserta juga digalakkan mewarnakan gambarajah soalan tersebut bagi mendapatkan markah lebih. Hanya 1 sahaja pemenang hadiah utama dipilih dan menerima hadiah berupa alatulis. Seramai 25 peserta telah menyertai aktiviti ini terdiri dari kalangan kanak-kanak.