18 March 2011

Kuiz:'Clock Challenge'


Kuiz : 'Clock Challenge' telah diadakan pada 18 Mac 2011 (Jumaat). Mengandungi 2 soalan dalam bahasa inggeris. Soalan pertama berbentuk padanan gambar rajah jam dengan pilihan jawapan. Manakala soalan kedua pula, peserta dikehendaki memadankan gambar jam dengan jawapan dan kemudian dikehendaki menulis dalam bahasa inggeris aktiviti harian yang dilakukan pada jam tersebut. Ini bertujuan menguji minda, pengetahuan membaca waktu pada jam, kemahiran bahasa inggeris dan mata para peserta untuk mencari jawapan yang betul . Kuiz sebegini dapat mempertingkatkan kemahiran mereka. Peserta dibenarkan untuk menggunakan buku rujukan  yang terdapat di dalam perpustakaan. Acara dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan sistem 12 jam oleh petugas. Peserta juga digalakkan mewarnakan gambarajah jam tersebut bagi mendapatkan markah lebih. Pemilihan para pemenang dilakukan oleh petugas dengan jawapan yang paling tepat dan kemas. Hanya 3 sahaja pemenang hadiah utama dipilih bagi menerima hadiah berupa alatulis. Saguhati seperti snek makanan turut diberikan kepada setiap peserta yang terlibat. Seramai 20 orang peserta kanak-kanak telah menyertai.