18 March 2011

Kuiz:'Clock Challenge'


Kuiz : 'Clock Challenge' telah diadakan pada 18 Mac 2011 (Jumaat). Mengandungi 2 soalan dalam bahasa inggeris. Soalan pertama berbentuk padanan gambar rajah jam dengan pilihan jawapan. Manakala soalan kedua pula, peserta dikehendaki memadankan gambar jam dengan jawapan dan kemudian dikehendaki menulis dalam bahasa inggeris aktiviti harian yang dilakukan pada jam tersebut. Ini bertujuan menguji minda, pengetahuan membaca waktu pada jam, kemahiran bahasa inggeris dan mata para peserta untuk mencari jawapan yang betul . Kuiz sebegini dapat mempertingkatkan kemahiran mereka. Peserta dibenarkan untuk menggunakan buku rujukan  yang terdapat di dalam perpustakaan. Acara dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan sistem 12 jam oleh petugas. Peserta juga digalakkan mewarnakan gambarajah jam tersebut bagi mendapatkan markah lebih. Pemilihan para pemenang dilakukan oleh petugas dengan jawapan yang paling tepat dan kemas. Hanya 3 sahaja pemenang hadiah utama dipilih bagi menerima hadiah berupa alatulis. Saguhati seperti snek makanan turut diberikan kepada setiap peserta yang terlibat. Seramai 20 orang peserta kanak-kanak telah menyertai.

16 March 2011

Kraf: 'Egg Carton - Carterpillar'




Aktiviti 'Kraf: Egg Carton' bertemakan bentuk ulat bulu telah diadakan pada 16 Mac 2011 (Rabu). Peralatan disediakan oleh perpustakaan seperti bekas sarang telur yang telah dipotong panjang, warna air, berus dan riben. Taklimat ringkas telah diberikan oleh petugas dan cara-cara membuat kraf yang bertemakan ulat bulu. Peserta dikehendaki menghasilkan ulat yang kemas, cantik dan menarik. Mereka perlu menggunting dan mewarnakan sarang telur tersebut dengan corak yang cantik. 3 peserta terbaik telah diberikan hadiah manakala saguhati penyertaan kepada semua peserta. Aktiviti sebegini menggunakan barangan terbuang seperti sarang telur memberi kepelbagaian pengisian dan pendekatan untuk slot aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan. Ini memberi kesedaran kepada peserta untuk menggunakan barang terpakai dengan sebaiknya. Seramai 20 peserta terdiri daripada belia dan kanak-kanak.

15 March 2011

Kraf: 'Paper Plate- Turkey




Aktiviti ini telah diadakan pada 15 Mac 2011 (Selasa). Peralatan disediakan oleh perpustakaan seperti  kertas template bergambar burung ‘turkey’, pinggan kertas, pen berwarna, gam dan gunting. Acara dimulakan dengan taklimat ringkas oleh petugas dan cara-cara membuat kraf tersebut. Peserta dikehendaki menghasilkan kraf paper plate dengan kemas, cantik dan menarik. Mereka perlu mewarnakan terlebih dahulu gambar template tersebut dan kemudian mengguntingnya dan dilekatkan pada pinggan kertas dan kemudian mencorakkan menjadi burung turkey yang cantik. Lakaran dan corak ekor turkey mengikut idea masing-masing. 3 peserta terbaik telah diberikan hadiah manakala saguhati penyertaan kepada semua peserta. Seramai 20 peserta terdiri dari golongan belia dan kanak-kanak

12 March 2011

Mesyuarat Kelab PD Pomotodon Bil 01/2011

Mesyurat kelab pd telah diadakan bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang,  mesyuarat bilangan pertama bagi tahun 2011 ini dianjurkan oleh Petugas dan Pengerusi kelab Perpustakaan Desa Kg Pomotodon, Pn Lien Chin Apat. Pengenalan ringkas, kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 2008 sehingga 2009 oleh petugas perpustakaan desa terdahulu sebelum beliau berhenti kerana mendapat jawatan lain. Kesinambungan itu diteruskan oleh petugas sekarang iaitu Pn Rosemawati Mohd Ali sebagai objektif untuk mewujudkan saluran komunikasi dan kerjasama antara petugas perpustakaan dengan masyarakat sekitar dapat diteruskan.  Seramai 29 orang telah hadir dalammesyuarat tersebut terdiri daripada dewasa, belia dan kanak-kanak.
Antara agenda yang dibincangkan ialah, sejarah ringkas Kelab PD tersebut, pembubaran AJK lama sesi 2008/2009, pelantikan semula AJK Kelab PD yang baru bagi sesi 2011/2012 serta perbincangan berkaitan permasalahan Pd dan perkhidmatan serta cadangan penambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan pd. Selain daripada itu turut dibincangkan perancangan aktiviti-aktiviti pd dan aktiviti bagi ajk dalam tahun ini antaranya: aktiviti sambutan hari jadi ahli perpustakaan untuk 2 kali setahun, gotong royong 3 bulan sekali, program Kaamatan Kampung, jamuan dan hari keluarga AJK PD . Kutipan yuran setiap ajk turut diutarakan bagi mengumpul dana kelab tersebut.  Melalui mesyuarat ini dapat mengeratkan ikatan persahabatan dan kerjasama sesama mereka. Jamuan makan telah disediakan oleh petugas PD sambil berkenalan dan mengeratkan silaturrahim antara ajk. Petugas juga telah mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan ikhlas daripada yang hadir.