12 March 2011

Mesyuarat Kelab PD Pomotodon Bil 01/2011

Mesyurat kelab pd telah diadakan bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang,  mesyuarat bilangan pertama bagi tahun 2011 ini dianjurkan oleh Petugas dan Pengerusi kelab Perpustakaan Desa Kg Pomotodon, Pn Lien Chin Apat. Pengenalan ringkas, kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 2008 sehingga 2009 oleh petugas perpustakaan desa terdahulu sebelum beliau berhenti kerana mendapat jawatan lain. Kesinambungan itu diteruskan oleh petugas sekarang iaitu Pn Rosemawati Mohd Ali sebagai objektif untuk mewujudkan saluran komunikasi dan kerjasama antara petugas perpustakaan dengan masyarakat sekitar dapat diteruskan.  Seramai 29 orang telah hadir dalammesyuarat tersebut terdiri daripada dewasa, belia dan kanak-kanak.
Antara agenda yang dibincangkan ialah, sejarah ringkas Kelab PD tersebut, pembubaran AJK lama sesi 2008/2009, pelantikan semula AJK Kelab PD yang baru bagi sesi 2011/2012 serta perbincangan berkaitan permasalahan Pd dan perkhidmatan serta cadangan penambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan pd. Selain daripada itu turut dibincangkan perancangan aktiviti-aktiviti pd dan aktiviti bagi ajk dalam tahun ini antaranya: aktiviti sambutan hari jadi ahli perpustakaan untuk 2 kali setahun, gotong royong 3 bulan sekali, program Kaamatan Kampung, jamuan dan hari keluarga AJK PD . Kutipan yuran setiap ajk turut diutarakan bagi mengumpul dana kelab tersebut.  Melalui mesyuarat ini dapat mengeratkan ikatan persahabatan dan kerjasama sesama mereka. Jamuan makan telah disediakan oleh petugas PD sambil berkenalan dan mengeratkan silaturrahim antara ajk. Petugas juga telah mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan ikhlas daripada yang hadir.