29 December 2010

'Christmas Crossword'


Aktiviti 'Christmas Crossword' diadakan bagi mengisi masa terluang peserta dan memeriahkan musim cuti sekolah.  Peserta dikehendaki menjawab dua soalan silangkata dalam bahasa Inggeris bertemakan sambutan krismas. Peserta digalakkan membuat rujukan buku dan kamus di dalam perpustakaan bagi mendapatkan jawapan yang tepat. Semua para peserta seronok dalam pencarian jawapan yang tepat untuk silangkata yang diberikan. Seramai 25 peserta telah menyertai aktiviti ini. Aktiviti ini telah diadakan dalam dua sesi bagi membuka lebih banyak penyertaan.  Aktiviti ilmiah sebegini dapat membantu terutamanya pelajar sekolah mahir dengan Bahasa Inggeris. Saguhati berbentuk alatulis telah diberikan kepada semua peserta yang menjawab dengan tepat.

10 December 2010

Pertandingan Playdoh: 'Christmas Garden'

Aktiviti ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakan dari pengunjung melibatkan peserta kanak-kanak dan belia dan juga sokongan daripada ibu bapa para peserta. Seramai 20 orang peserta kanak-kanak dan belia telah menghangatkan Pertandingan Play Doh: Christmas Garden tersebut.
             Menggunakan resepi campuran tepung, garam, minyak, pewarna, kelapa kering dan sedikit air yang diuli membentuk doh kemudian diubahsuai mengikut citarasa peserta menghasilkan pelbagai bentuk dan objek. Tema 'Christmas Garden' telah dipilih bersempena sambutan Hari Krismas. Membuat taman krismas memberikan pendekatan yang berlainan kepada para peserta di musim cuti sekolah ini. Peserta dikehendaki membuat doh berbentuk orang salji atau 'Snowman'. Mereka juga digalakkan meletakkan hiasan tambahan seperti pokok krismas, model rumah kecil dan hiasan ala-ala Taman krismas di atas tapak menggunakan pinggan kertas atau kepingan papan. Aktiviti ini sungguh unik dan menyeronokkan. Doh tepung tersebut terlebih dahulu diuli oleh petugas sebelum mengagihkan kepada kumpulan peserta. Acara ini diadakan secara berkumpulan iaitu 10 kumpulan telah bertanding. Setiap kumpulan melibatkan seramai 2 peserta sahaja.

            Acara dimulakan dengan taklimat ringkas oleh petugas berkaitan cara yang betul untuk menghias pinggan kertas dan membentuk snowman menggunakan doh tepung. Hasil Taman Krismas yang terbaik, unik dan tercantik dikira sebagai pemenang. Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi Kelab Perpustakaan Desa iaitu Puan Lien Chin Apat kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga sejurus selepas aktiviti tamat. Cenderamata berupa alatulis turut diberikan kepada 4 orang pengadil jemputan

09 December 2010

Kolaj: 'Christmas Tree'

Peralatan disediakan oleh perpustakaan seperti  kertas berwarna, gam dan gunting pelbagai jenis bentuk bilah. Tema tersebut telah dipilih bagi memeriahkan cuti sekolah dan juga sempena sambutan Hari Krismas.  Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak. Seramai 15 orang peserta telah menyertai aktiviti ini.

Peserta dikehendaki menghasilkan kolaj pokok krismas dengan kemas, cantik dan menarik. Mereka perlu menggunting kertas berwarna pelbagai bentuk dan menampal pada kertas putih mengikut kreativiti masing-masing. Susunan dan lakaran tambahan mengikut idea masing-masing. Saguhati telah diberikan kepada hasil peserta yang terbaik. Aktiviti membuat kolaj ini diadakan bagi mempelbagaikan pengisian dan pendekatan untuk slot aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan.

08 December 2010

Mewarna: Krismas



Pertandingan 'Mewarna Krismas' diadakan bagi memeriahkan  sambutan hari Krismas pada 25/12/2010 bagi yang beragama Kristian. Aktiviti sebegini juga dapat memupuk semangat perpaduan dan 1 Malaysia dikalangan peserta yang datang dari berbilang kaum. Semua peralatan disediakan oleh perpustakaan seperti kertas lukisan, warna dan alatulis yang lain. Peserta diberi dua pilihan gambar untuk pertandingan ini. Seramai 15 orang peserta dari kalangan kanak-kanak dan belia telah menyertai aktiviti ini. 3 hadiah berupa alatulis telah disampaikan oleh petugas.

06 December 2010

Christmas Card


Aktiviti membuat 'Christmas Card' diadakan sempena memeriahkan sambutan Hari Krismas pada tahun ini. Peserta dibekalkan dengan warna, alatulis dan template kad krismas. Peserta juga digalakkan menulis  ucapan ringkas dan membuat lakaran tambahan pada kad ucapan tersebut. Aktiviti sebegini dapat mengukuhkan semangat perpaduan dan 1 Malaysia dikalangan  ahli perpustakaan yang datang daripada pelbagai kaum dan agama.            Seramai 20 peserta kanak-kanak telah menyertai aktiviti ini. Kad ucapan yang paling menarik, kreatif dan kemas telah diberikan hadiah berupa alatulis dan saguhati turut diberikan kepada peserta lain.

10 November 2010

Kraf: 'Sea Shell'

Aktiviti Kraf: 'Sea Shell' diadakan bertujuan untuk mengisi masa lapang pengunjung pada hari tersebut. 'Sea Shell' atau juga dikenali sebagai kulit cengkerang hidupan laut seperti cengkerang siput, kerang dan batu karang laut. Bahan-bahan tersebut telah dikumpul oleh peserta dan dibawa ke perpustakaan untuk di lekatkan dengan kepingan batu atau mozek berfungsi sebagai alas. Kebanyakan bahan adalah diambil daripada bahan terbuang. Peserta dibekalkan dengan gam dan salotape bagi memudahkan mereka melekatkan cengkerang tersebut pada batu dan mozek. Hasil yang paling menarik, kemas dan cantik telah dipamerkan di sudut aktiviti. Seramai 15 orang peserta dikalangan kanak-kanak telah menyertai.







04 November 2010

'Deepavali Card'

Aktiviti membuat 'Deepavali Card' diadakan sempena memeriahkan sambutan Deepavali pada 05/11/2010 nanti. Aktiviti sebegini dapat mengukuhkan semangat perpaduan serta semangat 1 Malaysia dikalangan ahli perpustakaan yang datang daripada pelbagai kaum dan agama. Peserta dibekalkan dengan kertas pelbagai warna, alatulis dan template berbentuk lampu yang digunakan semasa perayaan deepavali. Peserta juga digalakkan menulis ucapan ringkas dan membuat lakaran tambahan pada kad ucapan tersebut. 2 kad ucapan yang paling menarik, kreatif dan kemas telah diberikan hadiah berupa alatulis dan saguhati turut diberikan kepada peserta lain. Seramai 15 orang peserta kanak-kanak telah menyertai.

03 November 2010

Mewarna Deepavali

Aktiviti 'Mewarna Deepavali' telah dianjurkan bagi memeriahkan sambutan hari
Deepavali pada 05/11/2010. Ini dapat memupuk semangat 1 Malaysia dalam diri peserta yang berbilang kaum walaupun sebilangan kecil sahaja penduduk di kampung Pomotodon berketurunan India. Semua peralatan disediakan oleh perpustakaan seperti kertas lukisan, warna dan alatulis yang lain. 3 Pemenang dipilih berdasarkan hasil yang paling kemas, cantik dan kreatif dan menerima hadiah berupa alatulis. Seramai 26 Peserta dari kalangan kanak-kanak dan belia telah menyertai.



 

02 November 2010

'Halloween Maze'

Aktiviti 'Halloween Maze' ini dipilih hanyalah untuk memeriahkan sambutan Halloween sedunia yang lalu disamping memberi keseronokan kepada pengunjung perpustakaan pada hari tersebut. 'Template' kuiz sedia ada tersebut telah dicetak daripada laman internet. 'Kuiz Halloween Maze' ini mengandungi 2 soalan, menguji minda peserta untuk mencari laluan yang betul daripada peringkat mula hingga akhir di dalam gambar tersebut. Saguhati berupa snek makanan ringan telah disediakan oleh Pihak perpustakaan bagi setiap penyertaan. Seramai 15 orang peserta kanak-kanak telah menyertai aktiviti ini.


01 November 2010

Kraf: 'Pumpkin Mask'

Aktiviti 'Kraf: Pumpkin Mask' menggunakan pinggan kertas, 'template' bercetak, warna, gam dan gunting. Tema topeng muka berbentuk buah labu telah dipilih bersempena sambutan 'Halloween' yang lalu. Tema ini hanyalah bertujuan untuk memberi kelainan selain itu bahan yang digunakan senang didapati dan tidak terlalu rumit. 3 topeng yang terbaik telah di hasilkan diberi hadiah berupa snek makanan ringan. Seramai 15 orang peserta kanak-kanak telah menyertai.



28 October 2010

Kolaj: 'Tree'

Aktiviti 'Kolaj: Tree' telah dianjurkan. Peralatan disediakan oleh perpustakaan
seperti ‘template’ kertas bercetak gambar batang pokok dan dedaun, warna, gam dan gunting. Tema lukisan pokok telah dipilih memberi mesej ‘hijaukan bumi kita’ mendidik para peserta untuk sentiasa menjaga alam sekitar dan menyokong penanaman pokok di sekeliling rumah. Taklimat ringkas dan cara-cara membuat 'kolaj pokok' telah diberikan. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan 1 kumpulan diwakili oleh 2 orang peserta. Mereka dikehendaki menghasilkan kolaj pokok dengan kemas, cantik dan menarik. 1 hadiah utama diberikan kepada 2 kumpulan dengan hasil terbaik. Seramai 25 peserta kanak-kanak telah menyertai aktiviti ini.



26 October 2010

Kraf: 'Lollistick Jungle'

Aktiviti 'Kraf: Lollistick – Jungle' telah diadakan'. Seramai 30 peserta kanak-kanak telah menyertai aktiviti ini. Semua peralatan disediakan oleh perpustakaan seperti kertas bercetak gambar binatang, batang ais krim, warna dan alatulis yang lain. Tema lukisan binatang telah dipilih. Aktiviti ini telah berlangsung selama 2 hari kerana mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pengunjung. Petugas memberi taklimat dan menunjukkan cara-cara membuat 'lollistick' tersebut. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan 1 kumpulan diwakili oleh 3 orang peserta. 1 kumpulan dikehendaki membuat 8 lollistick dengan kemas, cantik dan menarik. 1 hadiah utama diberikan kepada 1 sahaja kumpulan dengan hasil terbaik.



21 October 2010

Kraf: Mini Bendera 1 Malaysia

Aktiviti 'Kraf: Mini Bendera 1 Malaysia' bertujuan sempena menyemarakkan semangat 1 MALAYSIA dikalangan para peserta. Semua peralatan disediakan oleh perpustakaan. Petugas menunjukkan cara-cara menghasilkan mini bendera dan mewarna logo 1 Malaysia dengan betul. Setelah aktiviti selesai, saguhati turut diberikan kepada semua peserta iaitu alatulis. Objektif untuk mengasah bakat ahli perpustakaan dalam aktiviti kraftangan dengan mempelbagaikan pengisian dan pendekatan. Peserta turut didedahkan dengan buku-buku bergambar yang di dalam perpustakaan untuk tujuan rujukan sewaktu aktiviti berlangsung. Seramai 25 peserta kanak-kanak dan belia telah menyertai aktiviti ini.




14 October 2010

Kraf: 'My Dreams House'


Aktiviti Kraf: 'My Dreams House' telah diadakan bertujuan untuk menggalakkanpara peserta berimaginasi membuat bentuk rumah yang menarik dengan menggunakan barangan terbuang seperti kotak. Semua peralatan disediakan oleh perpustakaan seperti kepingan kotak, kertas pelbagai warna, pensil warna, gunting dan gam. Petugas membantu menunjukkan cara-cara menghasilkan 'rumah kotak' dengan betul kepada para peserta. Saguhati seperti makanan ringan turut diberikan kepada semua peserta. Hasil 'rumah kotak' yang paling menarik di pamerkan di ruang aktiviti Perpustakaan. Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak dan belia. Seramai 14 orang peserta telah menyertai aktiviti ini.


10 October 2010

Gotong Royong Perpustakaan Desa


Aktiviti gotong royong telah dijalankan oleh Petugas Perpustakaan bersama beberapa penduduk sekitar bergotong-royong membersihkan perpustakaan desa di dalam dan diluar bangunan. Seramai 38 tenaga kerja telah datang dan membantu membersihkan kawasan perpustakaan termasuk dewasa,kanak-kanak dan belia.
Beberapa Ahli Jawantankuasa Kelab Perpustakaan juga turut serta dalam gotong royong ini. Gotong royong ini juga dapat mengeratkan ikatan persahabatan dan kerjasama sesama mereka dan dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri terutamanya generasi muda supaya sentiasa menjaga kebersihan terutamanya ditempat-tempat awam. Jamuan kecil disediakan selepas selesai dan ucapan terima kasih kerana telah membantu petugas membersihkan kawasan sekitar.

02 October 2010

Mini Jamuan Raya 2010






Pada jam 11.00 pagi hingga 1.30 petang, aktiviti 'Mini Jamuan Raya' telah diadakan. Seramai 35 tetamu telah memeriahkan jamuan raya ini termasuk dewasa,kanak-kanak dan belia. Jamuan raya ini merupakan anjuran petugas perpustakaan desa Puan Rosemawati Mohd Ali sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Selain itu untuk mengajak penduduk berhampiran perpustakaan untuk turut merasai kemeriahan sambutan Aidilfitri walaupun berlainan agama dan budaya.
Aktiviti ini mendapat kerjasama daripada AJK Kelab Perpustakaan Desa Pomotodon dengan membantu menyediakan beberapa menu dan juadah tambahan untuk jamuan tersebut. Pihak perpustakan mengambil peluang ini untuk mempromosikan Perpustakaan kepada masyarakat disamping dapat mengeratkan lagi hubungan sedia ada. Petugas dapat berbincang berkaitan masalah dan juga idea-idea keceriaan bersama AJK Kelab Perpustakaan yang telah hadir.









23 September 2010

Math Challenge

Aktiviti Kuiz : 'Math Challenge'. Seramai 20 peserta kanak-kanak dan belia telah menyertai aktiviti ini. Mengandungi 2 bentuk soalan iaitu soalan berbentuk Pantulan imej / objek dalam cermin dan soalan berbentuk penambahan dan pendaraban. Ini bertujuan menguji minda dan mata para peserta untuk mencari jawapan yang tepat di samping dapat meningkatkan kemahiran matematik mereka. Peserta dibenarkan untuk menggunakan buku rujukan yang terdapat di dalam perpustakaan. Hanya 3 sahaja pemenang hadiah utama dipilih menerima hadiah berupa alatulis dan beg berisi makanan. Saguhati seperti snek makanan turut diberikan kepada setiap peserta yang terlibat.


 

01 September 2010

Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri

Aktiviti membuat 'Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri' ini diadakan sempena memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2010 yang bakal tiba . Seramai 26 peserta kanak-kanak dan belia telah menyertai aktiviti ini.


 
Menggunakan kertas pelbagai warna, riben, alatulis dan hiasan tambahan. Aktiviti sebegini dapat mengukuhkan semangat perpaduan serta semangat 1 Malaysia dikalangan ahli perpustakaan yang datang daripada pelbagai kaum dan agama. Hadiah berupa alatulis dan saguhati turut diberikan kepada peserta lain.