28 June 2011

Kuiz Hari Seniman




Kuiz Hari Seniman telah diadakan bagi memeriahkan Sambutan Hari Seniman 2011 yang disambut selama sebulan bermula 29 Mei 2011 sehingga 29 Jun 2011. Peserta dikehendaki menjawab 10 soalan bertemakan Hari Seniman. Soalan berkisar tentang seniman dan seniwati, dan juga topik perfileman tanah air. Peserta juga di galakkan merujuk buku-buku yang telah di sediakan di ruang pameran. Peserta yang mendapat markah tertinggi dan kemas dipilih sebagai pemenang. Hadiah disediakan bagi pemenang tempat Pertama, Kedua dan ketiga. Sambutan Hari Seniman ini menggalakkan lagi masyarakat sekitar menghargai dan mengenali seniman dan seniwati serta karyanya terutama sekali generasi muda. Seramai 30 penyertaan terdiri daripada golongan dewasa, belia dan kanak-kanak

27 June 2011

Tayangan Video Seniman - Filem Doremi




Tayangan video seniman tanah air telah diadakan di ruang membaca, Perpustakaan Desa Kg Pomotodon. Aktiviti ini diadakan bersempena memeriahkan lagi dengan Sambutan Hari Seniman 2011 yang disambut selama sebulan bermula 29 Mei 2011 sehingga 29 Jun 2011. Filem yang dipilih oleh petugas untuk tayangan tersebut bertajuk ‘Doremi’ yang merupakan filem klasik melayu yang dilakonkan oleh seniman-seniman tanah air dalam era 60 an. Filem fiksyen ini yang berkisar tentang kehidupan sesetengah masyarakat dalam genre komedi. Ini bertujuan memberi hiburan yang ringan dan juga memberi mesej pengajaran kepada penonton tentang permasalahan kehidupan masyarakat yang kadang kala berlaku di sekeliling kita. Setelah tamat tayangan video tersebut. Petugas perpustakaan mengemukakan beberapa soalan spontan berkaitan dengan cerita kepada peserta. Peserta yang dapat menjawab dengan pantas dan betul akan diberikan cenderahati berupa alatulis. Aktiviti sebegini memberi kelainan dan keseronokan kepada pengunjung dalam suasana santai dan selesa. Sambutan Hari Seniman ini menggalakkan lagi masyarakat sekitar menghargai dan mengenali seniman dan seniwati serta karyanya terutama sekali generasi muda. Seramai 30 penyertaan daripada golongan dewasa, belia dan kanak-kanak.

23 June 2011

Pameran Buku-buku Seniman Tanah Air



Pada 23hb sehingga  28hb Jun 2011 (6 hari), satu pameran buku melibatkan buku-buku seniman tanah air telah di anjurkan di Perpustakaan Desa Kg Pomotodon bersempena dengan Sambutan Hari Seniman 2011 yang disambut selama sebulan bermula 29 Mei 2011 sehingga 29 Jun 2011. Pihak perpustakaan menyediakan satu ruang bagi meletakkan buku-buku seniman tanah air yang di ambil daripada koleksi sediada perpustakaan dan diletakkan di ruang pameran tersebut. Selain daripada itu petugas perpustakaan turut menyediakan ruang yang mempamerkan gambar dan nama seniman dan seniwati tanah air untuk di kongsi bersama pengunjung yang datang ke perpustakaan untuk tatapan umum. Pameran buku ini juga berfungsi sebagai persediaan dan menjadi bahan rujukan pengunjung bagi yang ingin  menyertai kuiz hari seniman yang akan diadakan pada penghujung sambutan Hari Seniman nanti. Promosi secara lisan dan poster turut di adakan bagi mempromosikan pameran ini dan juga menghebahkan tentang sambutan hari seniman pada tahun 2011. Ini menggalakkan lagi masyarakat sekitar menghargai dan mengenali seniman dan seniwati serta karyanya terutama sekali generasi muda. Seramai 135 pengunjung yang telah melihat pameran tersebut yang terdiri daripada golongan dewasa, belia dan kanak-kanak.

Mesyuarat Kelab PD Pomotodon Bil 03/2011

Mesyuarat bermula jam 9.15 pagi hingga 11.00 pagi, mesyuarat bilangan ke-tiga bagi tahun 2011 telah dianjurkan oleh Pihak Perpustakaan dan AJK kelab Perpustakaan Desa Kg Pomotodon. Antara agenda utama yang dibincangkan ialah, perbincangan berkaitan aktiviti Sambutan Harijadi Kawanku yang telah ditunda pada 02/07/2011 bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 tengahari. Agenda kali ini membincangkan perkara yang lebih terperinci berkaitan bajet, aktiviti dan peralatan yang akan digunakan. Penasihat memberi penerangan ringkas berkaitan aturcara program nanti. Perincian hadiah turut dibincangkan manakala jamuan dan makanan ialah pot luck. Bahagian promosi, pihak perpustakaan telah menyediakan ‘flyers’ sebagai kad jemputan untuk diedarkan kepada penduduk sekitar. Kutipan derma dan juga yuran penyertaan bagi ahli yang menyambut harijadi juga telah dibuat. Penasihat Kelab Pn Rosemawati telah menyenarai pendek nama ahli perpustakaan (kanak-kanak) yang akan terlibat dengan sambutan harijadi Januari hingga Jun 2011. Seramai 10 orang AJK telah hadir.

21 June 2011

Mini Bengkel Pengurusan Fail Zon 16 Siri 02

Bermula jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari, ‘Mini Bengkel Pengurusan Fail Zon 16 siri ke dua telah diadakan  di  Perpustakaan Desa Kg Kitobu. Mini bengkel kedua ini diadakan bertujuan untuk membantu petugas pd zon 16 menyiapkan fail-fail pd masing-masing secara praktikal. Pn Hanisah Liman sekali lagi telah ditugaskan sebagai pengajar dengan memberikan panduan dan bantuan secara praktikal penyediaan fail sehingga siap kepada petugas pd iaitu Pn Sharon Sumporoh dan Pn Yatti Saimadan. Antara pengisian secara praktikal telah diadakan iaitu pembahagian dokumen mengikut tajuk perkara, membuat buku log dan membuat minit. Mini Bengkel Pengurusan Fail Zon 16 ini merupakan cadangan Penyelia Zon 16 untuk menyelaraskan nombor dan jumlah fail yang terdapat di semua pd dalam Zon 16 Sabah. Ini memudahkan pengurusan malah memudahkan semua petugas berbincang hal-hal berkaitan fail secara bersama. Pelarasan ini di buat juga memudahkan kerja-kerja pemantauan penyelia kearah memantapkan lagi pengurusan Zon 16, Inanam Sabah.

04 June 2011

PENYAMPAIAN HADIAH AKTIVITI PD DAN SAMBUTAN KAAMATAN KAMPUNG POMOTODON, DAMBAI, MALAKA 2011

Acara kemuncak Sempena Sambutan Kaamatan Kampung Pomotodon, Dambai dan Malaka 2011 telah diadakan di Dewan Pisompuruan Kg Pomotodon. Perpustakaan Desa Pomotodon bersama AJK Kelab Perpustakaan, telah telah melibatkan diri dalam majlis ini dalam sesi Penyampaian Hadiah bagi aktiviti anjuran perpustakaan desa yang lalu iaitu Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan Tahap 2 serta Kuiz Kaamatan. Hadiah disediakan bagi pemenang tempat Pertama, Kedua, ketiga dan juga 5 hadiah saguhati. Semua peserta diberikan sijil penyertaan. Perpustakaan turut menerima sumbangan daripada orang ramai dalam pelbagai bentuk untuk dijadikan hadiah acara ini.

YB Datuk Johnny Goh Adun Inanam merupakan Perasmi Sambutan Perayaan Kaamatan  Kg Pomotodon Dambai dan Malaka 2011 dan beliau turut berbesar hati menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Cenderahati turut diberikan kepada Yb Datuk Johnny Goh serta penyumbang-penyumbang yang lain sebagai tanda penghargaan. Acara ini bermula pada jam 12.00 tgh dan tamat sehingga jam 9.00 malam. Acara dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi JKKK Kampung En Pius Simon, ucapan daripada Ketua Kampung En Peter Kayandang dan Ucapan daripada Adun Inanam YB Datuk Johnny Goh.

 Pertandingan Tarik Tali
 Pertandingan Rampanau
 Pertandingan Masakan Tradisi
 Pertandingan Tapai Terbaik
 Unduk Ngadau Kanak-Kanak
Unduk Ngadau Dewasa
Antara acara lain yang telah diadakan ialah, pertandingan sukan seperti melastik, tarik tali dan sukan tradisi ‘Rampanau’. Pertandingan masakan tradisional dan juga Pertandingan Membuat Tapai Terbaik turut diadakan. Pertandingan Ratu Kecantikan atau ‘Unduk Ngadau’ juga diadakan bagi kategori kanak-kanak dan juga dewasa. Persembahan lain yang disediakan ialah persembahan permainan alat musik tradisional, dan pertandingan nyanyian lagu kadazan dusun. Selain itu cabutan tiket bertuah juga turut diadakan. Sambutan Kaamatan kali ini amat meriah kerana telah dihadiri oleh penduduk kampung sekitar dan juga daripada luar. Anggaran 900 tetamu daripada 3 buah kampung berhampiran telah hadir.
 Alat Musik Tradisional- Gong
 Alat Musik - Sompoton
Pertandingan Karaoke Lagu Kadazan/Dusun

27 May 2011

Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan Tahap 2





Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan Tahap 2 dianjurkan sempena memeriahkan Sambutan Kaamatan Kampung Pomotodon, Dambai dan Malaka 2011. Peserta Tahap 1 terdiri peserta yang berumur 7-9 tahun manakala tahap 2 peserta berumur 10-12 tahun. Lukisan gambar yang perlu diwarnakan berbeza kategori bertemakan perayaan Kaamatan dan  Kaum Kadazan Dusun. Seramai 20 peserta bagi kategori tahap 1 dan 20 peserta bagi kategori tahap 2. Hadiah disediakan bagi pemenang tempat Pertama, Kedua, ketiga dan juga 5 hadiah saguhati. Semua peserta diberikan sijil penyertaan.