27 June 2011

Tayangan Video Seniman - Filem Doremi




Tayangan video seniman tanah air telah diadakan di ruang membaca, Perpustakaan Desa Kg Pomotodon. Aktiviti ini diadakan bersempena memeriahkan lagi dengan Sambutan Hari Seniman 2011 yang disambut selama sebulan bermula 29 Mei 2011 sehingga 29 Jun 2011. Filem yang dipilih oleh petugas untuk tayangan tersebut bertajuk ‘Doremi’ yang merupakan filem klasik melayu yang dilakonkan oleh seniman-seniman tanah air dalam era 60 an. Filem fiksyen ini yang berkisar tentang kehidupan sesetengah masyarakat dalam genre komedi. Ini bertujuan memberi hiburan yang ringan dan juga memberi mesej pengajaran kepada penonton tentang permasalahan kehidupan masyarakat yang kadang kala berlaku di sekeliling kita. Setelah tamat tayangan video tersebut. Petugas perpustakaan mengemukakan beberapa soalan spontan berkaitan dengan cerita kepada peserta. Peserta yang dapat menjawab dengan pantas dan betul akan diberikan cenderahati berupa alatulis. Aktiviti sebegini memberi kelainan dan keseronokan kepada pengunjung dalam suasana santai dan selesa. Sambutan Hari Seniman ini menggalakkan lagi masyarakat sekitar menghargai dan mengenali seniman dan seniwati serta karyanya terutama sekali generasi muda. Seramai 30 penyertaan daripada golongan dewasa, belia dan kanak-kanak.