23 June 2011

Mesyuarat Kelab PD Pomotodon Bil 03/2011

Mesyuarat bermula jam 9.15 pagi hingga 11.00 pagi, mesyuarat bilangan ke-tiga bagi tahun 2011 telah dianjurkan oleh Pihak Perpustakaan dan AJK kelab Perpustakaan Desa Kg Pomotodon. Antara agenda utama yang dibincangkan ialah, perbincangan berkaitan aktiviti Sambutan Harijadi Kawanku yang telah ditunda pada 02/07/2011 bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 tengahari. Agenda kali ini membincangkan perkara yang lebih terperinci berkaitan bajet, aktiviti dan peralatan yang akan digunakan. Penasihat memberi penerangan ringkas berkaitan aturcara program nanti. Perincian hadiah turut dibincangkan manakala jamuan dan makanan ialah pot luck. Bahagian promosi, pihak perpustakaan telah menyediakan ‘flyers’ sebagai kad jemputan untuk diedarkan kepada penduduk sekitar. Kutipan derma dan juga yuran penyertaan bagi ahli yang menyambut harijadi juga telah dibuat. Penasihat Kelab Pn Rosemawati telah menyenarai pendek nama ahli perpustakaan (kanak-kanak) yang akan terlibat dengan sambutan harijadi Januari hingga Jun 2011. Seramai 10 orang AJK telah hadir.