04 June 2011

PENYAMPAIAN HADIAH AKTIVITI PD DAN SAMBUTAN KAAMATAN KAMPUNG POMOTODON, DAMBAI, MALAKA 2011

Acara kemuncak Sempena Sambutan Kaamatan Kampung Pomotodon, Dambai dan Malaka 2011 telah diadakan di Dewan Pisompuruan Kg Pomotodon. Perpustakaan Desa Pomotodon bersama AJK Kelab Perpustakaan, telah telah melibatkan diri dalam majlis ini dalam sesi Penyampaian Hadiah bagi aktiviti anjuran perpustakaan desa yang lalu iaitu Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan Tahap 2 serta Kuiz Kaamatan. Hadiah disediakan bagi pemenang tempat Pertama, Kedua, ketiga dan juga 5 hadiah saguhati. Semua peserta diberikan sijil penyertaan. Perpustakaan turut menerima sumbangan daripada orang ramai dalam pelbagai bentuk untuk dijadikan hadiah acara ini.

YB Datuk Johnny Goh Adun Inanam merupakan Perasmi Sambutan Perayaan Kaamatan  Kg Pomotodon Dambai dan Malaka 2011 dan beliau turut berbesar hati menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Cenderahati turut diberikan kepada Yb Datuk Johnny Goh serta penyumbang-penyumbang yang lain sebagai tanda penghargaan. Acara ini bermula pada jam 12.00 tgh dan tamat sehingga jam 9.00 malam. Acara dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi JKKK Kampung En Pius Simon, ucapan daripada Ketua Kampung En Peter Kayandang dan Ucapan daripada Adun Inanam YB Datuk Johnny Goh.

 Pertandingan Tarik Tali
 Pertandingan Rampanau
 Pertandingan Masakan Tradisi
 Pertandingan Tapai Terbaik
 Unduk Ngadau Kanak-Kanak
Unduk Ngadau Dewasa
Antara acara lain yang telah diadakan ialah, pertandingan sukan seperti melastik, tarik tali dan sukan tradisi ‘Rampanau’. Pertandingan masakan tradisional dan juga Pertandingan Membuat Tapai Terbaik turut diadakan. Pertandingan Ratu Kecantikan atau ‘Unduk Ngadau’ juga diadakan bagi kategori kanak-kanak dan juga dewasa. Persembahan lain yang disediakan ialah persembahan permainan alat musik tradisional, dan pertandingan nyanyian lagu kadazan dusun. Selain itu cabutan tiket bertuah juga turut diadakan. Sambutan Kaamatan kali ini amat meriah kerana telah dihadiri oleh penduduk kampung sekitar dan juga daripada luar. Anggaran 900 tetamu daripada 3 buah kampung berhampiran telah hadir.
 Alat Musik Tradisional- Gong
 Alat Musik - Sompoton
Pertandingan Karaoke Lagu Kadazan/Dusun