10 December 2010

Pertandingan Playdoh: 'Christmas Garden'

Aktiviti ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakan dari pengunjung melibatkan peserta kanak-kanak dan belia dan juga sokongan daripada ibu bapa para peserta. Seramai 20 orang peserta kanak-kanak dan belia telah menghangatkan Pertandingan Play Doh: Christmas Garden tersebut.
             Menggunakan resepi campuran tepung, garam, minyak, pewarna, kelapa kering dan sedikit air yang diuli membentuk doh kemudian diubahsuai mengikut citarasa peserta menghasilkan pelbagai bentuk dan objek. Tema 'Christmas Garden' telah dipilih bersempena sambutan Hari Krismas. Membuat taman krismas memberikan pendekatan yang berlainan kepada para peserta di musim cuti sekolah ini. Peserta dikehendaki membuat doh berbentuk orang salji atau 'Snowman'. Mereka juga digalakkan meletakkan hiasan tambahan seperti pokok krismas, model rumah kecil dan hiasan ala-ala Taman krismas di atas tapak menggunakan pinggan kertas atau kepingan papan. Aktiviti ini sungguh unik dan menyeronokkan. Doh tepung tersebut terlebih dahulu diuli oleh petugas sebelum mengagihkan kepada kumpulan peserta. Acara ini diadakan secara berkumpulan iaitu 10 kumpulan telah bertanding. Setiap kumpulan melibatkan seramai 2 peserta sahaja.

            Acara dimulakan dengan taklimat ringkas oleh petugas berkaitan cara yang betul untuk menghias pinggan kertas dan membentuk snowman menggunakan doh tepung. Hasil Taman Krismas yang terbaik, unik dan tercantik dikira sebagai pemenang. Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi Kelab Perpustakaan Desa iaitu Puan Lien Chin Apat kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga sejurus selepas aktiviti tamat. Cenderamata berupa alatulis turut diberikan kepada 4 orang pengadil jemputan