25 February 2011

Kursus Pengendalian Makanan dan Membuat Pau, Donat dan Ghim Piang



Kursus Pengendalian Makanan dan Kursus Membuat Pau, Donat dan Ghim Piang anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah telah diadakan di Dewan Kampung Pomotodon, Inanam. Program ini mendapat kerjasama daripada JKKK Pomotodon dan Petugas perpustakaan juga telah memberikan kerjasama dengan meminjamkan peralatan seperti meja dan kerusi serta kemudahan lain seperti tandas untuk kegunaan sepanjang program tersebut. Program ini telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 25hb (Jumaat) sehingga 27hb (Ahad). 25 orang peserta dikalangan dewasa dan belia yang berasal dari kampung sekitar iaitu Kampung Pomotodon, Kiansom dan Kampung Dambai manakala seramai 9 orang pengendali kursus juga telah hadir. Program ini mempunyai 4 sesi. Sesi pertama iaitu 'Kursus Pengendalian Makanan' telah diadakan  pada 25 haribulan bermula jam 9.30 pagi hingga 01.00 tengahari. Penceramah jemputan adalah dari Akademi Intan Bandaraya yang merupakan Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Petugas beserta beberapa AJK Kelab Perpustakaan juga telah turut serta mendengar ceramah ini. 


Sesi kedua pula bermula dari jam 1.30tengahari sehingga jam 6.00petang, dalam sesi kedua ini telah diadakan acara masakan membuat pelbagai jenis Pau dan inti yang diselia oleh Chef jemputan iaitu Pn Nancy Lim daripada 'Mrs. Nancy Lim School of Cooking and Baking'. Sesi ketiga dan keempat diadakan pada 26 haribulan (Sabtu) iaitu sesi membuat Donut dan Ghim Piang. Pada keesokan harinya 27 haribulan (Ahad) acara masakan telah disambung semula. Tepat jam 12.00 tengahari acara penyampaian sijil telah diadakan. Antara yang hadir iaitu wakil daripada Kementerian Belia dan Sukan Sabah, YB Dato' Johnny Goh dan isteri, Pemaju Mukim En Lamin Kayandang dan JKKK Kg pomotodon telah turut serta dalam acara ini. Semua peserta kursus telah diberikan sijil. Kerjasama dan penyertaan petugas perpustakaan adalah untuk menyokong usaha dan program yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan lain. Selain itu, dengan menyertai aktiviti ini, petugas juga menggunakan peluang tersebut sebagai inisiatif untuk lebih mengenali penduduk sekitar  dan dapat mengeratkan ikatan kerjasama sesama mereka kelak. Secara tidak langsung ini dapat mempromosikan perpustakaan kepada mereka.