Aktiviti Kuiz : 'Math Pyramid' mengandungi 2 soalan iaitu penambahan beberapa nombor dalam gambarajah berbentuk piramid. Ini bertujuan menguji minda dan mata para peserta untuk mencari jawapan yang betul kerana soalan yang diberikan boleh menyebabkan kekeliruan jika tidak di teliti dengan betul dan berhati-hati. Di samping itu juga dapat meningkatkan kemahiran matematik mereka. Peserta dibenarkan untuk menggunakan buku rujukan yang terdapat di dalam perpustakaan. Peserta juga dikehendaki membuat lakaran dan mewarnakan soalan piramid tersebut dengan kemas dan cantik. Pemilihan para pemenang dilakukan oleh petugas dengan jawapan yang paling tepat dan kemas. Hanya 3 sahaja pemenang hadiah utama dipilih bagi menerima hadiah berupa alatulis dan beg berisi makanan. Saguhati seperti snek makanan turut diberikan kepada setiap peserta yang terlibat. Seramai 20 peserta kanak-kanak telah terlibat.