28 October 2010

Kolaj: 'Tree'

Aktiviti 'Kolaj: Tree' telah dianjurkan. Peralatan disediakan oleh perpustakaan
seperti ‘template’ kertas bercetak gambar batang pokok dan dedaun, warna, gam dan gunting. Tema lukisan pokok telah dipilih memberi mesej ‘hijaukan bumi kita’ mendidik para peserta untuk sentiasa menjaga alam sekitar dan menyokong penanaman pokok di sekeliling rumah. Taklimat ringkas dan cara-cara membuat 'kolaj pokok' telah diberikan. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan 1 kumpulan diwakili oleh 2 orang peserta. Mereka dikehendaki menghasilkan kolaj pokok dengan kemas, cantik dan menarik. 1 hadiah utama diberikan kepada 2 kumpulan dengan hasil terbaik. Seramai 25 peserta kanak-kanak telah menyertai aktiviti ini.



26 October 2010

Kraf: 'Lollistick Jungle'

Aktiviti 'Kraf: Lollistick – Jungle' telah diadakan'. Seramai 30 peserta kanak-kanak telah menyertai aktiviti ini. Semua peralatan disediakan oleh perpustakaan seperti kertas bercetak gambar binatang, batang ais krim, warna dan alatulis yang lain. Tema lukisan binatang telah dipilih. Aktiviti ini telah berlangsung selama 2 hari kerana mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pengunjung. Petugas memberi taklimat dan menunjukkan cara-cara membuat 'lollistick' tersebut. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan 1 kumpulan diwakili oleh 3 orang peserta. 1 kumpulan dikehendaki membuat 8 lollistick dengan kemas, cantik dan menarik. 1 hadiah utama diberikan kepada 1 sahaja kumpulan dengan hasil terbaik.



21 October 2010

Kraf: Mini Bendera 1 Malaysia

Aktiviti 'Kraf: Mini Bendera 1 Malaysia' bertujuan sempena menyemarakkan semangat 1 MALAYSIA dikalangan para peserta. Semua peralatan disediakan oleh perpustakaan. Petugas menunjukkan cara-cara menghasilkan mini bendera dan mewarna logo 1 Malaysia dengan betul. Setelah aktiviti selesai, saguhati turut diberikan kepada semua peserta iaitu alatulis. Objektif untuk mengasah bakat ahli perpustakaan dalam aktiviti kraftangan dengan mempelbagaikan pengisian dan pendekatan. Peserta turut didedahkan dengan buku-buku bergambar yang di dalam perpustakaan untuk tujuan rujukan sewaktu aktiviti berlangsung. Seramai 25 peserta kanak-kanak dan belia telah menyertai aktiviti ini.




14 October 2010

Kraf: 'My Dreams House'


Aktiviti Kraf: 'My Dreams House' telah diadakan bertujuan untuk menggalakkanpara peserta berimaginasi membuat bentuk rumah yang menarik dengan menggunakan barangan terbuang seperti kotak. Semua peralatan disediakan oleh perpustakaan seperti kepingan kotak, kertas pelbagai warna, pensil warna, gunting dan gam. Petugas membantu menunjukkan cara-cara menghasilkan 'rumah kotak' dengan betul kepada para peserta. Saguhati seperti makanan ringan turut diberikan kepada semua peserta. Hasil 'rumah kotak' yang paling menarik di pamerkan di ruang aktiviti Perpustakaan. Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak dan belia. Seramai 14 orang peserta telah menyertai aktiviti ini.


10 October 2010

Gotong Royong Perpustakaan Desa


Aktiviti gotong royong telah dijalankan oleh Petugas Perpustakaan bersama beberapa penduduk sekitar bergotong-royong membersihkan perpustakaan desa di dalam dan diluar bangunan. Seramai 38 tenaga kerja telah datang dan membantu membersihkan kawasan perpustakaan termasuk dewasa,kanak-kanak dan belia.
Beberapa Ahli Jawantankuasa Kelab Perpustakaan juga turut serta dalam gotong royong ini. Gotong royong ini juga dapat mengeratkan ikatan persahabatan dan kerjasama sesama mereka dan dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri terutamanya generasi muda supaya sentiasa menjaga kebersihan terutamanya ditempat-tempat awam. Jamuan kecil disediakan selepas selesai dan ucapan terima kasih kerana telah membantu petugas membersihkan kawasan sekitar.

02 October 2010

Mini Jamuan Raya 2010






Pada jam 11.00 pagi hingga 1.30 petang, aktiviti 'Mini Jamuan Raya' telah diadakan. Seramai 35 tetamu telah memeriahkan jamuan raya ini termasuk dewasa,kanak-kanak dan belia. Jamuan raya ini merupakan anjuran petugas perpustakaan desa Puan Rosemawati Mohd Ali sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Selain itu untuk mengajak penduduk berhampiran perpustakaan untuk turut merasai kemeriahan sambutan Aidilfitri walaupun berlainan agama dan budaya.
Aktiviti ini mendapat kerjasama daripada AJK Kelab Perpustakaan Desa Pomotodon dengan membantu menyediakan beberapa menu dan juadah tambahan untuk jamuan tersebut. Pihak perpustakan mengambil peluang ini untuk mempromosikan Perpustakaan kepada masyarakat disamping dapat mengeratkan lagi hubungan sedia ada. Petugas dapat berbincang berkaitan masalah dan juga idea-idea keceriaan bersama AJK Kelab Perpustakaan yang telah hadir.