26 January 2011

Kolaj: 'School Bus'



Aktiviti membuat 'Kolaj: School Bus'. Peralatan disediakan oleh perpustakaan seperti kertas bergambar, pensil warna, gam dan gunting. Aktiviti tersebut diadakan bagi mengisi masa terluang peserta dalam musim  persekolahan pada awal tahun ini.  Peserta dikehendaki menghasilkan kolaj dengan kemas, cantik dan menarik. Mereka perlu mewarnakan terlebih dahulu gambar template tersebut dan kemudian mengguntingnya dan dilekatkan pada gambar asas yang telah disediakan. Susunan dan lakaran tambahan mengikut idea masing-masing. Saguhati telah diberikan kepada 3 peserta dengan hasil yang terbaik. Membuat kolaj memberi kepelbagaian pengisian dan pendekatan untuk slot aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan.  Seramai 20 peserta Kanak-kanak telah terlibat.

25 January 2011

Gotong Royong Mini 01/2011


Aktiviti gotong royong mini telah dijalankan bermula 2.00 petang hingga 4.30 petang. Petugas Perpustakaan bersama beberapa ahli perpustakaan yang hadir bergotong-royong membersihkan perpustakaan desa di dalam dan diluar bangunan. Antara aktiviti yang telah dilakukan di dalam bangunan ialah Lap tingkap, mencuci tandas, mengorek dan membersihkan longkang, kutip sampah dilaman perpustakaan, menyusun buku di rak, menyapu sampah dan mop lantai perpustakaan. 16 orang peserta termasuk belia dan kanak-kanak turut terlibat.
Gotong royong ini diadakan selain untuk membersihkan perpustakaan dan kawasan sekitar ia juga dapat  mengeratkan ikatan persahabatan dan kerjasama, dan dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri terutamanya generasi muda supaya sentiasa menjaga kebersihan terutamanya ditempat-tempat awam. Jamuan snek dan minuman ringan turut disediakan sebagai tanda terima kasih kerana bersusah payah membantu petugas membersihkan kawasan sekitar.

06 January 2011

Maze: 'Back to School'


Aktiviti ini diadakan bagi mengisi masa terluang peserta sempena  kembali ke sekolah setelah tamat cuti panjang pada hujung tahun yang lepas.  Peserta dikehendaki menjawab dua soalan maze dengan mencari laluan yang tepat dari peringkat permulaan sehingga penamat. Peserta dikehendaki menulis jawapan tersebut dengan kemas dan cantik. Saguhati berbentuk snek makanan ringan telah diberikan kepada semua peserta yang terlibat. Serama 10 peserta kanak-kanak telah terlibat.