Aktiviti 'Christmas Crossword' diadakan bagi mengisi masa terluang peserta dan memeriahkan musim cuti sekolah. Peserta dikehendaki menjawab dua soalan silangkata dalam bahasa Inggeris bertemakan sambutan krismas. Peserta digalakkan membuat rujukan buku dan kamus di dalam perpustakaan bagi mendapatkan jawapan yang tepat. Semua para peserta seronok dalam pencarian jawapan yang tepat untuk silangkata yang diberikan. Seramai 25 peserta telah menyertai aktiviti ini. Aktiviti ini telah diadakan dalam dua sesi bagi membuka lebih banyak penyertaan. Aktiviti ilmiah sebegini dapat membantu terutamanya pelajar sekolah mahir dengan Bahasa Inggeris. Saguhati berbentuk alatulis telah diberikan kepada semua peserta yang menjawab dengan tepat.
29 December 2010
10 December 2010
Pertandingan Playdoh: 'Christmas Garden'
Aktiviti ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakan dari pengunjung melibatkan peserta kanak-kanak dan belia dan juga sokongan daripada ibu bapa para peserta. Seramai 20 orang peserta kanak-kanak dan belia telah menghangatkan Pertandingan Play Doh: Christmas Garden tersebut.
Menggunakan resepi campuran tepung, garam, minyak, pewarna, kelapa kering dan sedikit air yang diuli membentuk doh kemudian diubahsuai mengikut citarasa peserta menghasilkan pelbagai bentuk dan objek. Tema 'Christmas Garden' telah dipilih bersempena sambutan Hari Krismas. Membuat taman krismas memberikan pendekatan yang berlainan kepada para peserta di musim cuti sekolah ini. Peserta dikehendaki membuat doh berbentuk orang salji atau 'Snowman'. Mereka juga digalakkan meletakkan hiasan tambahan seperti pokok krismas, model rumah kecil dan hiasan ala-ala Taman krismas di atas tapak menggunakan pinggan kertas atau kepingan papan. Aktiviti ini sungguh unik dan menyeronokkan. Doh tepung tersebut terlebih dahulu diuli oleh petugas sebelum mengagihkan kepada kumpulan peserta. Acara ini diadakan secara berkumpulan iaitu 10 kumpulan telah bertanding. Setiap kumpulan melibatkan seramai 2 peserta sahaja.
Acara dimulakan dengan taklimat ringkas oleh petugas berkaitan cara yang betul untuk menghias pinggan kertas dan membentuk snowman menggunakan doh tepung. Hasil Taman Krismas yang terbaik, unik dan tercantik dikira sebagai pemenang. Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi Kelab Perpustakaan Desa iaitu Puan Lien Chin Apat kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga sejurus selepas aktiviti tamat. Cenderamata berupa alatulis turut diberikan kepada 4 orang pengadil jemputan
09 December 2010
Kolaj: 'Christmas Tree'
Peralatan disediakan oleh perpustakaan seperti kertas berwarna, gam dan gunting pelbagai jenis bentuk bilah. Tema tersebut telah dipilih bagi memeriahkan cuti sekolah dan juga sempena sambutan Hari Krismas. Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak. Seramai 15 orang peserta telah menyertai aktiviti ini.
Peserta dikehendaki menghasilkan kolaj pokok krismas dengan kemas, cantik dan menarik. Mereka perlu menggunting kertas berwarna pelbagai bentuk dan menampal pada kertas putih mengikut kreativiti masing-masing. Susunan dan lakaran tambahan mengikut idea masing-masing. Saguhati telah diberikan kepada hasil peserta yang terbaik. Aktiviti membuat kolaj ini diadakan bagi mempelbagaikan pengisian dan pendekatan untuk slot aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan.
08 December 2010
Mewarna: Krismas
Pertandingan 'Mewarna Krismas' diadakan bagi memeriahkan sambutan hari Krismas pada 25/12/2010 bagi yang beragama Kristian. Aktiviti sebegini juga dapat memupuk semangat perpaduan dan 1 Malaysia dikalangan peserta yang datang dari berbilang kaum. Semua peralatan disediakan oleh perpustakaan seperti kertas lukisan, warna dan alatulis yang lain. Peserta diberi dua pilihan gambar untuk pertandingan ini. Seramai 15 orang peserta dari kalangan kanak-kanak dan belia telah menyertai aktiviti ini. 3 hadiah berupa alatulis telah disampaikan oleh petugas.
06 December 2010
Christmas Card
Aktiviti membuat 'Christmas Card' diadakan sempena memeriahkan sambutan Hari Krismas pada tahun ini. Peserta dibekalkan dengan warna, alatulis dan template kad krismas. Peserta juga digalakkan menulis ucapan ringkas dan membuat lakaran tambahan pada kad ucapan tersebut. Aktiviti sebegini dapat mengukuhkan semangat perpaduan dan 1 Malaysia dikalangan ahli perpustakaan yang datang daripada pelbagai kaum dan agama. Seramai 20 peserta kanak-kanak telah menyertai aktiviti ini. Kad ucapan yang paling menarik, kreatif dan kemas telah diberikan hadiah berupa alatulis dan saguhati turut diberikan kepada peserta lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)