Pada 28 Januari 2010 (Khamis), Aktiviti 'Animal Mask' telah diadakan bertujuan untuk mengisi masa lapang ahli perpustakaan yang datang berkunjung pada hari tersebut. Menggunakan barangan terbuang sepert kepingan kotak, warna dan alatulis. Tema binatang dipilih untuk memudahkan peserta membuat topeng tersebut. Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak. Seramai 10 orang peserta telah menyertai aktiviti ini. Aktiviti telah dimulakan pada jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 12 tengahari. Objektif utama aktiviti ini diadakan ialah untuk mengasah bakat ahli perpustakaan dalam menghasilkan topeng muka dengan kreatif. Beberapa buku bergambar yang ada di dalam perpustakaan turut digunakan sebagai rujukan untuk memberikan idea dalam menghasilkan topeng tersebut.
28 January 2010
Animal Mask

21 January 2010
Melukis dan Mewarna
Pada 21 Januari 2010 (Khamis), Perpustakaan Desa PNM Pomotodon telah menganjurkan aktiviti 'Melukis dan Mewarna'. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mengisi masa lapang ahli perpustakaan yang datang berkunjung pada hari tersebut. Ini sebagai salah satu usaha petugas bagi mempromosikan kembali perkhidmatan perpustakaan desa kepada pengguna setelah ditutup sementara hampir satu tahun kerana ketiadaan petugas (Mendapat tawaran pekerjaan lain). Disamping itu penduduk sekitar terutamanya ahli perpustakaan dapat berkenalan dengan petugas baru secara tidak langsung dapat mengeratkan ikatan kerjasama dimasa akan datang. Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak. Seramai 25 orang peserta telah menyertai aktiviti ini. Aktiviti dimulakan pada jam 2.00 petang dan tamat pada jam 5 petang.
Subscribe to:
Posts (Atom)