Pada 21 Januari 2010 (Khamis), Perpustakaan Desa PNM Pomotodon telah menganjurkan aktiviti 'Melukis dan Mewarna'. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mengisi masa lapang ahli perpustakaan yang datang berkunjung pada hari tersebut. Ini sebagai salah satu usaha petugas bagi mempromosikan kembali perkhidmatan perpustakaan desa kepada pengguna setelah ditutup sementara hampir satu tahun kerana ketiadaan petugas (Mendapat tawaran pekerjaan lain). Disamping itu penduduk sekitar terutamanya ahli perpustakaan dapat berkenalan dengan petugas baru secara tidak langsung dapat mengeratkan ikatan kerjasama dimasa akan datang. Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak. Seramai 25 orang peserta telah menyertai aktiviti ini. Aktiviti dimulakan pada jam 2.00 petang dan tamat pada jam 5 petang.