28 January 2010

Animal Mask



Pada 28 Januari 2010 (Khamis), Aktiviti 'Animal Mask' telah diadakan bertujuan untuk mengisi masa lapang ahli perpustakaan yang datang berkunjung pada hari tersebut. Menggunakan barangan terbuang sepert kepingan kotak, warna dan alatulis. Tema binatang dipilih untuk memudahkan peserta membuat topeng tersebut. Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak. Seramai 10 orang peserta telah menyertai aktiviti ini. Aktiviti telah dimulakan pada jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 12 tengahari. Objektif utama aktiviti ini diadakan ialah untuk mengasah bakat ahli perpustakaan dalam menghasilkan topeng muka dengan kreatif. Beberapa buku bergambar yang ada di dalam perpustakaan turut digunakan sebagai rujukan untuk memberikan idea dalam menghasilkan topeng tersebut.