18 March 2010

Kuiz Uji Minda Siri 02 : Perkataan tersembunyi dan Silangkata

Pada 18 Mac 2010 (Khamis) dalam musim cuti sekolah, Perpustakaan telah menganjurkan aktiviti 'Kuiz Uji Minda Siri 02 : Perkataan tersembunyi dan Silangkata'. Aktiviti dibahagikan kepada 2 kategori mengikut umur iaitu Kategori 1 peserta berumur 6 tahun hingga 10 tahun dan Kategori 2 peserta berumur 11 tahun ke atas. Kategori pertama iaitu kanak-kanak dikehendaki menjawab soalan berbentuk mencari perkataan tersembunyi. Kategori kedua pula dikehendaki menjawab soalan berbentuk silangkata. Peserta juga digalakkan untuk menggunakan sumber rujukan yang ada di dalam Perpustakaan seperti kamus, ensiklopedia untuk mendapatkan jawapan yang tepat.
Aktiviti dimulakan pada jam 2.00 petang dan tamat pada jam 4.30 petang. Perpustakaan telah menyediakan 1 hadiah utama berupa set alatulis bagi setiap kategori dan saguhati untuk setiap peserta yang terlibat. Hadiah dan saguhati tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Kelab Perpustakaan Desa, Puan Lien Chin Apat dan juga AJK Gotong royong iaitu Puan Maitah Simpongul kepada peserta. Seramai 40 peserta telah menyertai aktiviti ini dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.