Pada 07 April 2010 (Rabu), Perpustakaan telah menganjurkan aktiviti membuat kraftangan iaitu 'Kraf: Bekas Letak Pensil'. Bahan asas bekas tersebut menggunakan botol air minuman bersaiz kecil. Peralatan lain turut disediakan oleh petugas perpustakaan seperti kertas pelbagai warna, salotape, riben, gunting dan beberapa alatulis yang lain. Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak. Seramai 10 orang peserta telah menyertai aktiviti ini.
Aktiviti dimulakan pada jam 02.00 petang dan tamat pada jam 05.00 petang. Saguhati seperti alatulis turut diberikan kepada semua peserta. Objektif utama aktiviti ini diadakan ialah untuk mendedahkan para peserta untuk menghasilkan bekas pensil menggunakan barangan terpakai dengan cara yang lebih mudah dan ringkas.