27 April 2010

Kraf: Hiasan Gantung

Pada 27 April 2010 (Selasa), aktiviti membuat kraftangan iaitu 'Kraf: Hiasan Gantung' telah dianjurkan. Peralatan aktiviti telah disediakan oleh perpustakaan seperti kertas bewarna, benang, straw dan beberapa  peralatan lain. Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak dan belia. Seramai 15 orang peserta telah menyertai aktiviti ini.


Aktiviti dimulakan pada jam 02.00 petang dan tamat pada jam 04.00 petang. Peserta terlebih dahulu dikehendaki membuat lipatan kertas pelbagai bentuk kecil yang menarik untuk dijadikan perhiasan gantung. Kemudian mereka dikehendaki pula membuat rangka asas untuk hiasan tersebut dengan menggunakan straw. Setelah itu, lipatan kertas akan di lekatkan di atas benang dan kemudian digantungkan pada rangka straw. Setelah siap, hiasan tersebut digantungkan pada mana-mana bahagian dalam perpustakaan yang dirasakan sesuai untuk pameran. Saguhati seperti alatulis turut diberikan kepada semua peserta.
Objektif utama aktiviti ini diadakan ialah untuk mengajar peserta menghasilkan kraftangan kreatif menggunakan bahan mudah didapati, murah dan ringkas. Aktiviti sebegini juga menggalakkan peserta menggunakan buku sebagai rujukan.