07 May 2010

Mother's Day

Pada 07 Mei 2010 (Jumaat), Perpustakaan telah menganjurkan Aktiviti 'Mother's Day'. Aktiviti ini diadakan sempena memeriahkan sambutan Hari Ibu yang jatuh pada 9 Mei 2010.  Seramai 50 peserta telah menyertai aktiviti tersebut.  Objektif utama aktiviti ini adalah untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengeratkan ikatan kekeluargaan dalam diri peserta. Selain itu ia memberi keseronokan kepada mereka. Aktiviti Mother's Day mengandungi 2 slot iaitu acara menjawab Kuiz  bagi dua peringkat umur dan acara Membuat kad ucapan Hari Ibu. 


Acara Kuiz Pertama- peserta berumur 13 tahun ke atas dan  Kuiz Kedua- peserta berumur 12 tahun kebawah. Kategori pertama peserta dikehendaki menjawab kuiz soalan silangkata dan susun perkataan. Manakala kategori kedua iaitu kanak-kanak dikehendaki menjawab soalan berbentuk mencari perkataan tersembunyi. Peserta juga digalakkan untuk menggunakan sumber rujukan yang ada di dalam Perpustakaan seperti kamus, ensiklopedia dan sebagainya.
            Acara membuat kad ucapan Hari Ibu pula peserta diberikan 'template' bergambar yang telah dicetak dari Internet. Mereka dikehendaki mewarna, menulis ucapan dan menambah lakaran pada kad tersebut. Setelah siap, kad tersebut akan diberikan pada ibu masing-masing pada sambutan Hari Ibu nanti.