Pada 10 Mei 2010 (Isnin), Perpustakaan Desa PNM Pomotodon telah menganjurkan aktiviti 'Melukis dan Mencetak batik'. Semua peserta diberi pilihan sama ada melukis corak batik sendiri atau mencetak batik menggunakan pencetak dari bahan semulajadi seperti batang pisang, straw, dan kentang yang telah diukir untuk menghasilkan corak batik yang menarik. Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak dan belia. Seramai 20 orang peserta telah menyertai aktiviti ini. Pemenang dipilih berdasarkan hasil yang paling kemas, cantik dan kreatif. Hadiah berupa alatulis telah disampaikan oleh Puan Evelyn Libin selaku Timbalan Setiausaha Kelab Perpustakaan Desa Pomotodon.
Objektif utama aktiviti ini diadakan ialah untuk mengasah bakat ahli perpustakaan dalam aktiviti seni lukisan dan juga memperkenalkan batik dikalangan peserta. Peserta turut didedahkan dengan buku-buku rujukan bergambar yang ada di dalam perpustakaan bagi memberikan idea untuk menghasilkan corak batik.