27 April 2010

Kraf: Hiasan Gantung

Pada 27 April 2010 (Selasa), aktiviti membuat kraftangan iaitu 'Kraf: Hiasan Gantung' telah dianjurkan. Peralatan aktiviti telah disediakan oleh perpustakaan seperti kertas bewarna, benang, straw dan beberapa  peralatan lain. Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak dan belia. Seramai 15 orang peserta telah menyertai aktiviti ini.


Aktiviti dimulakan pada jam 02.00 petang dan tamat pada jam 04.00 petang. Peserta terlebih dahulu dikehendaki membuat lipatan kertas pelbagai bentuk kecil yang menarik untuk dijadikan perhiasan gantung. Kemudian mereka dikehendaki pula membuat rangka asas untuk hiasan tersebut dengan menggunakan straw. Setelah itu, lipatan kertas akan di lekatkan di atas benang dan kemudian digantungkan pada rangka straw. Setelah siap, hiasan tersebut digantungkan pada mana-mana bahagian dalam perpustakaan yang dirasakan sesuai untuk pameran. Saguhati seperti alatulis turut diberikan kepada semua peserta.
Objektif utama aktiviti ini diadakan ialah untuk mengajar peserta menghasilkan kraftangan kreatif menggunakan bahan mudah didapati, murah dan ringkas. Aktiviti sebegini juga menggalakkan peserta menggunakan buku sebagai rujukan.

23 April 2010

Kuiz Uji Minda Siri 03: Cari Perkataan Tersembunyi

Pada 23 April 2010 (Jumaat), Perpustakaan Desa telah menganjurkan aktiviti 'Kuiz Cari Perkataan Tersembunyi Siri 03'. Semua peserta dikehendaki menjawab 2 soalan iaitu berbentuk mencari perkataan tersembunyi. Ini bertujuan menguji minda dan mata para peserta untuk mencari baris jawapan yang tepat. 

Aktiviti dimulakan pada jam 2.00 petang dan tamat pada jam 4.00 petang. Perpustakaan telah menyediakan 1 hadiah utama berupa set alatulis dan saguhati untuk setiap peserta yang terlibat. Seramai 26 peserta telah menyertai aktiviti ini.

15 April 2010

Kraf: Origami



Pada 15 April 2010 (Khamis), aktiviti 'Origami' telah dianjurkan bertujuan untuk mengisi masa lapang ahli perpustakaan yang datang berkunjung pada hari tersebut. Selain itu objektif utama aktiviti ini ialah untuk memperkenalkan seni lipatan yang dikenali sebagai 'origami' kepada peserta. Kertas bewarna untuk aktiviti tersebut telah disediakan oleh perpustakaan. Peserta diajar membuat lipatan origami berpandukan buku yang terdapat di dalam perpustakaan. Tema adalah bebas mengikut kecenderungan minat para peserta. Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak dan belia. Seramai 30 orang peserta telah menyertai aktiviti ini. Semua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Sebilangan peserta yang mempunyai kemahiran secara tidak langsung mengajar ahli kumpulan masing-masing. Semua peserta telah diberikan saguhati seperti alatulis. 

07 April 2010

Kraf: Bekas Letak Pensil

Pada 07 April 2010 (Rabu), Perpustakaan telah menganjurkan aktiviti membuat kraftangan iaitu 'Kraf: Bekas Letak Pensil'. Bahan asas bekas tersebut menggunakan botol air minuman bersaiz kecil. Peralatan lain turut disediakan oleh petugas perpustakaan seperti kertas pelbagai warna, salotape, riben, gunting dan beberapa alatulis yang lain. Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak. Seramai 10 orang peserta telah menyertai aktiviti ini. 

Aktiviti dimulakan pada jam 02.00 petang dan tamat pada jam 05.00 petang. Saguhati seperti alatulis turut diberikan kepada semua peserta. Objektif utama aktiviti ini diadakan ialah untuk mendedahkan para peserta untuk menghasilkan bekas pensil menggunakan barangan terpakai dengan cara yang lebih mudah dan ringkas.