18 May 2010

Kraf: 'Elephant Puppet'

Pada 18 Mei 2010 (Selasa), aktiviti Kraf: 'Elephant Puppet' telah dianjurkan. Semua peralatan disediakan oleh perpustakaan seperti sampul surat, kertas berwarna, gunting dan gam. Petugas terlebih dahulu menyediakan template 'Elephant Puppet' yang di cetak daripada laman Internet.  Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak dan belia. Seramai 25 orang peserta telah menyertai aktiviti ini. Acara dimulakan pada jam 2.00 petang dan tamat pada jam 4.30 petang. Acara dimulakan dengan taklimat ringkas dan demo cara-cara membuat puppet oleh petugas. 



Objektif utama aktiviti ini diadakan ialah untuk memberi keseronokan kepada semua peserta disamping mengasah bakat mereka dalam menghasilkan kraftangan Puppet dengan mudah dan cantik. Kebanyakan bahan Puppet yang digunakan adalah bahan asas yang mudah didapati dan terdapat di rumah.

10 May 2010

Melukis dan Mencetak Batik

Pada 10 Mei 2010 (Isnin), Perpustakaan Desa PNM Pomotodon telah menganjurkan aktiviti 'Melukis dan Mencetak batik'. Semua peserta diberi pilihan sama ada melukis corak batik sendiri atau mencetak batik menggunakan pencetak  dari bahan semulajadi seperti batang pisang, straw, dan kentang yang telah diukir untuk menghasilkan corak batik yang menarik. Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak dan belia. Seramai 20 orang peserta telah menyertai aktiviti ini. Pemenang dipilih berdasarkan hasil yang paling kemas, cantik dan kreatif. Hadiah berupa alatulis telah disampaikan oleh Puan Evelyn Libin selaku Timbalan Setiausaha Kelab Perpustakaan Desa Pomotodon.



Objektif utama aktiviti ini diadakan ialah untuk mengasah bakat ahli perpustakaan dalam aktiviti seni lukisan dan juga memperkenalkan batik dikalangan peserta. Peserta turut didedahkan dengan buku-buku rujukan bergambar yang ada di dalam perpustakaan bagi memberikan idea untuk menghasilkan corak batik.

07 May 2010

Mother's Day

Pada 07 Mei 2010 (Jumaat), Perpustakaan telah menganjurkan Aktiviti 'Mother's Day'. Aktiviti ini diadakan sempena memeriahkan sambutan Hari Ibu yang jatuh pada 9 Mei 2010.  Seramai 50 peserta telah menyertai aktiviti tersebut.  Objektif utama aktiviti ini adalah untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengeratkan ikatan kekeluargaan dalam diri peserta. Selain itu ia memberi keseronokan kepada mereka. Aktiviti Mother's Day mengandungi 2 slot iaitu acara menjawab Kuiz  bagi dua peringkat umur dan acara Membuat kad ucapan Hari Ibu. 


Acara Kuiz Pertama- peserta berumur 13 tahun ke atas dan  Kuiz Kedua- peserta berumur 12 tahun kebawah. Kategori pertama peserta dikehendaki menjawab kuiz soalan silangkata dan susun perkataan. Manakala kategori kedua iaitu kanak-kanak dikehendaki menjawab soalan berbentuk mencari perkataan tersembunyi. Peserta juga digalakkan untuk menggunakan sumber rujukan yang ada di dalam Perpustakaan seperti kamus, ensiklopedia dan sebagainya.
            Acara membuat kad ucapan Hari Ibu pula peserta diberikan 'template' bergambar yang telah dicetak dari Internet. Mereka dikehendaki mewarna, menulis ucapan dan menambah lakaran pada kad tersebut. Setelah siap, kad tersebut akan diberikan pada ibu masing-masing pada sambutan Hari Ibu nanti.