25 February 2011

Kursus Pengendalian Makanan dan Membuat Pau, Donat dan Ghim Piang



Kursus Pengendalian Makanan dan Kursus Membuat Pau, Donat dan Ghim Piang anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah telah diadakan di Dewan Kampung Pomotodon, Inanam. Program ini mendapat kerjasama daripada JKKK Pomotodon dan Petugas perpustakaan juga telah memberikan kerjasama dengan meminjamkan peralatan seperti meja dan kerusi serta kemudahan lain seperti tandas untuk kegunaan sepanjang program tersebut. Program ini telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 25hb (Jumaat) sehingga 27hb (Ahad). 25 orang peserta dikalangan dewasa dan belia yang berasal dari kampung sekitar iaitu Kampung Pomotodon, Kiansom dan Kampung Dambai manakala seramai 9 orang pengendali kursus juga telah hadir. Program ini mempunyai 4 sesi. Sesi pertama iaitu 'Kursus Pengendalian Makanan' telah diadakan  pada 25 haribulan bermula jam 9.30 pagi hingga 01.00 tengahari. Penceramah jemputan adalah dari Akademi Intan Bandaraya yang merupakan Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Petugas beserta beberapa AJK Kelab Perpustakaan juga telah turut serta mendengar ceramah ini. 


Sesi kedua pula bermula dari jam 1.30tengahari sehingga jam 6.00petang, dalam sesi kedua ini telah diadakan acara masakan membuat pelbagai jenis Pau dan inti yang diselia oleh Chef jemputan iaitu Pn Nancy Lim daripada 'Mrs. Nancy Lim School of Cooking and Baking'. Sesi ketiga dan keempat diadakan pada 26 haribulan (Sabtu) iaitu sesi membuat Donut dan Ghim Piang. Pada keesokan harinya 27 haribulan (Ahad) acara masakan telah disambung semula. Tepat jam 12.00 tengahari acara penyampaian sijil telah diadakan. Antara yang hadir iaitu wakil daripada Kementerian Belia dan Sukan Sabah, YB Dato' Johnny Goh dan isteri, Pemaju Mukim En Lamin Kayandang dan JKKK Kg pomotodon telah turut serta dalam acara ini. Semua peserta kursus telah diberikan sijil. Kerjasama dan penyertaan petugas perpustakaan adalah untuk menyokong usaha dan program yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan lain. Selain itu, dengan menyertai aktiviti ini, petugas juga menggunakan peluang tersebut sebagai inisiatif untuk lebih mengenali penduduk sekitar  dan dapat mengeratkan ikatan kerjasama sesama mereka kelak. Secara tidak langsung ini dapat mempromosikan perpustakaan kepada mereka.

21 February 2011

Kuiz: 'Math Pyramid'


Aktiviti Kuiz : 'Math Pyramid' mengandungi 2 soalan iaitu penambahan beberapa nombor dalam gambarajah berbentuk piramid. Ini bertujuan menguji minda dan mata para peserta untuk mencari jawapan yang betul kerana soalan yang diberikan boleh menyebabkan kekeliruan jika tidak di teliti dengan betul dan berhati-hati. Di samping itu juga dapat meningkatkan kemahiran matematik mereka. Peserta dibenarkan untuk menggunakan buku rujukan  yang terdapat di dalam perpustakaan. Peserta juga dikehendaki membuat lakaran dan mewarnakan soalan piramid tersebut dengan kemas dan cantik. Pemilihan para pemenang dilakukan oleh petugas dengan jawapan yang paling tepat dan kemas. Hanya 3 sahaja pemenang hadiah utama dipilih bagi menerima hadiah berupa alatulis dan beg berisi makanan. Saguhati seperti snek makanan turut diberikan kepada setiap peserta yang terlibat. Seramai 20 peserta kanak-kanak telah terlibat.

11 February 2011

Kolaj: 'Spongebob"


Aktiviti membuat 'Kolaj: Spongebob'. Peralatan disediakan oleh perpustakaan seperti  kertas bergambar, pensil warna, gam dan gunting. Aktiviti tersebut diadakan bagi mengisi masa terluang peserta pada awal tahun ini. Peserta dikehendaki menghasilkan kolaj dengan kemas, cantik dan menarik. Mereka perlu mewarnakan terlebih dahulu gambar template tersebut dan kemudian mengguntingnya dan dilekatkan pada gambar asas yang telah disediakan. Susunan dan lakaran tambahan mengikut idea masing-masing. Saguhati telah diberikan kepada 4 peserta dengan hasil yang terbaik. Membuat kolaj memberi kepelbagaian pengisian dan pendekatan untuk slot aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan.  Seramai 10 peserta kanak-kanak telah terlibat.