22 July 2010

Kraf: 'Paper Plate'





Pada 22 Julai 2010 (Khamis), aktiviti Kraf: 'Paper Plate' telah diadakan.Aktiviti ini bertujuan untuk mengajak para peserta menghasilkan hiasan kreatif yang amat menarik dan murah dengan hanya menggunakan pinggan kertas dan kertas bewarna. Semua peralatan disediakan oleh perpustakaan seperti pinggan kertas, kertas pelbagai warna, pensil, pensil warna, gunting dan gam. Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak dan belia. Seramai 25 orang peserta telah menyertai aktiviti ini.
Petugas terlebih dahulu menunjukkan cara-cara menghasilkan 'Hiasan-Paper Plate' dengan betul kepada para peserta. Saguhati seperti makanan ringan turut diberikan kepada semua peserta. Peserta dibenarkan untuk membawa pulang hasil kerja masing-masing. Hasil kraf yang paling menarik akan di pamerkan di ruang aktiviti Perpustakaan.
Objektif aktiviti ini tercapai kerana telah dapat memberi keseronokan kepada semua peserta disamping mengasah bakat mereka dalam menghasilkan kraftangan hiasan yang cantik dan mudah menggunakan barangan terbuang. Bahan asas yang digunakan juga mudah didapati dan terdapat di rumah. Aktiviti sebegini sebagai usaha menggalakkan lebih ramai pengunjung untuk datang ke perpustakaan.

15 July 2010

Kuiz : 'Recycling Maze'




Pada 15 Julai 2010 (Khamis), Kuiz: 'Recycling Maze' telah diadakan. Petugas memilih aktiviti ini bagi memupuk nilai murni dikalangan para peserta tentang kitar semula barangan terbuang. 'Template' kuiz tersebut bertemakan kitar semula dan telah dicetak daripada laman internet. 'Kuiz Recycling Maze' ini mengandungi 2 soalan 'maze', menguji minda peserta untuk mencari laluan yang betul daripada peringkat mula hingga akhir di dalam gambar tersebut.
Kriteria pemenang selain dari menjawab dengan tepat mereka juga perlu melakar dengan kemas dan terang. Seramai 25 peserta telah menyertai aktiviti ini.

08 July 2010

'World Cup Activity'


Pada 08 Julai 2010 (Khamis), Perpustakaan Desa PNM Kg Pomotodon telah menganjurkan 'World Cup Activity'. Aktiviti ini mengandungi dua slot iaitu 'Pertandingan Mewarna' dan 'Kuiz Cari Perbezaan Antara Gambar'. Semua slot tersebut bertemakan bola sepak sempena musim Bola Sepak Dunia 2010 yang berlangsung di Afrika. Ini sebagai salah satu acara bagi memeriahkan demam musim bola sepak dunia 2010 dikalangan ahli perpustakaan dan peminat bola khususnya disamping mengisi masa lapang mereka.



Slot pertama iaitu Pertandingan Mewarna lakaran gambar bola dan bendera pasukan yang bertanding dalam Piala Dunia 2010 tersebut. Slot kedua pula peserta dikehendaki mencari perbezaan antara dua gambar iaitu gambar pemain bola sepak dan bulatkan perbezaan tersebut. Semua peralatan disediakan oleh perpustakaan seperti kertas lukisan bercetak, soalan kuiz, warna dan alatulis. Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak. Seramai 42 orang peserta telah memeriahkan kedua-dua slot aktiviti 'World Cup' tersebut.
Peserta digalakkan untuk melukis lakaran tambahan pada kertas yang telah diberikan. Pemenang dipilih berdasarkan hasil yang paling kemas, terang, cantik dan menjawab kuiz dengan tepat. Pememang telah menerima hadiah bagi tempat pertama, kedua dan ketiga. Saguhati turut diberikan kepada semua peserta yang telah menyertai iaitu berupa alatulis.

01 July 2010

Kraf: 'PinWheel'


Pada 01 Julai 2010 (Khamis), Aktiviti Kraf: 'Pinwheel' atau Kraf: Kincir angin telah dianjurkan. Peralatan disediakan oleh perpustakaan seperti kertas berwarna, gunting dan gam. Petugas terlebih dahulu mencetak template 'Pinwheel' tersebut daripada laman Internet. Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak, belia dan dewasa. Seramai 30 orang peserta telah menyertai aktiviti ini.
Acara dimulakan dengan taklimat ringkas oleh petugas sambil menunjukkan cara-cara menghasilkan 'pinwheel' dengan membuat lipatan menggunakan kertas bewarna. Saguhati berupa alatulis turut diberikan kepada semua peserta. Peserta dibenarkan untuk membawa pulang hasil 'Pinwheel' tersebut.
Objektif utama aktiviti ini untuk memberi keseronokan kepada peserta disamping mengasah bakat mereka dalam menghasilkan kraftangan kreatif seperti 'pinwheel' dengan mudah dan cantik. Kebanyakan bahan 'pinwheel' yang digunakan adalah bahan asas yang mudah didapati di rumah.