Pada 01 Julai 2010 (Khamis), Aktiviti Kraf: 'Pinwheel' atau Kraf: Kincir angin telah dianjurkan. Peralatan disediakan oleh perpustakaan seperti kertas berwarna, gunting dan gam. Petugas terlebih dahulu mencetak template 'Pinwheel' tersebut daripada laman Internet. Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak, belia dan dewasa. Seramai 30 orang peserta telah menyertai aktiviti ini.
Acara dimulakan dengan taklimat ringkas oleh petugas sambil menunjukkan cara-cara menghasilkan 'pinwheel' dengan membuat lipatan menggunakan kertas bewarna. Saguhati berupa alatulis turut diberikan kepada semua peserta. Peserta dibenarkan untuk membawa pulang hasil 'Pinwheel' tersebut.
Objektif utama aktiviti ini untuk memberi keseronokan kepada peserta disamping mengasah bakat mereka dalam menghasilkan kraftangan kreatif seperti 'pinwheel' dengan mudah dan cantik. Kebanyakan bahan 'pinwheel' yang digunakan adalah bahan asas yang mudah didapati di rumah.