Pada 17 Jun 2010 (Khamis), Aktiviti 'Kad Ucapan Hari Bapa' telah dianjurkan. Aktiviti ini diadakan sempena memeriahkan sambutan Hari Bapa yang jatuh pada 20 Jun (Ahad) berikutnya. Peserta dibekalkan dengan kertas atau 'template' kad sedia ada yang dicetak daripada Laman Internet.
Mereka dikehendaki mewarnakan dahulu kad ucapan tersebut sebelum digunting dan dilekatkan dengan gambar Bapa masing-masing. Peserta juga digalakkan menulis ucapan ringkas dan membuat lakaran tambahan pada kad ucapan tersebut. Setelah itu mereka boleh membawa pulang kad tersebut dan diberikan pada bapa masing-masing pada sambutan Hari Bapa nanti.
Aktiviti sebegini dapat memupuk sifat kasih sayang dan kekeluargaan dalam diri peserta. Aktiviti dimulakan pada jam 2.00 petang dan tamat pada jam 4.30 petang di ruang bacaan perpustakaan. Seramai 25 peserta telah menyertai aktiviti ini.
No comments:
New comments are not allowed.