22 July 2010

Kraf: 'Paper Plate'





Pada 22 Julai 2010 (Khamis), aktiviti Kraf: 'Paper Plate' telah diadakan.Aktiviti ini bertujuan untuk mengajak para peserta menghasilkan hiasan kreatif yang amat menarik dan murah dengan hanya menggunakan pinggan kertas dan kertas bewarna. Semua peralatan disediakan oleh perpustakaan seperti pinggan kertas, kertas pelbagai warna, pensil, pensil warna, gunting dan gam. Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak dan belia. Seramai 25 orang peserta telah menyertai aktiviti ini.
Petugas terlebih dahulu menunjukkan cara-cara menghasilkan 'Hiasan-Paper Plate' dengan betul kepada para peserta. Saguhati seperti makanan ringan turut diberikan kepada semua peserta. Peserta dibenarkan untuk membawa pulang hasil kerja masing-masing. Hasil kraf yang paling menarik akan di pamerkan di ruang aktiviti Perpustakaan.
Objektif aktiviti ini tercapai kerana telah dapat memberi keseronokan kepada semua peserta disamping mengasah bakat mereka dalam menghasilkan kraftangan hiasan yang cantik dan mudah menggunakan barangan terbuang. Bahan asas yang digunakan juga mudah didapati dan terdapat di rumah. Aktiviti sebegini sebagai usaha menggalakkan lebih ramai pengunjung untuk datang ke perpustakaan.