08 July 2010

'World Cup Activity'


Pada 08 Julai 2010 (Khamis), Perpustakaan Desa PNM Kg Pomotodon telah menganjurkan 'World Cup Activity'. Aktiviti ini mengandungi dua slot iaitu 'Pertandingan Mewarna' dan 'Kuiz Cari Perbezaan Antara Gambar'. Semua slot tersebut bertemakan bola sepak sempena musim Bola Sepak Dunia 2010 yang berlangsung di Afrika. Ini sebagai salah satu acara bagi memeriahkan demam musim bola sepak dunia 2010 dikalangan ahli perpustakaan dan peminat bola khususnya disamping mengisi masa lapang mereka.



Slot pertama iaitu Pertandingan Mewarna lakaran gambar bola dan bendera pasukan yang bertanding dalam Piala Dunia 2010 tersebut. Slot kedua pula peserta dikehendaki mencari perbezaan antara dua gambar iaitu gambar pemain bola sepak dan bulatkan perbezaan tersebut. Semua peralatan disediakan oleh perpustakaan seperti kertas lukisan bercetak, soalan kuiz, warna dan alatulis. Semua peserta adalah dari kalangan kanak-kanak. Seramai 42 orang peserta telah memeriahkan kedua-dua slot aktiviti 'World Cup' tersebut.
Peserta digalakkan untuk melukis lakaran tambahan pada kertas yang telah diberikan. Pemenang dipilih berdasarkan hasil yang paling kemas, terang, cantik dan menjawab kuiz dengan tepat. Pememang telah menerima hadiah bagi tempat pertama, kedua dan ketiga. Saguhati turut diberikan kepada semua peserta yang telah menyertai iaitu berupa alatulis.