26 May 2011

Kuiz Kaamatan 2011

Perpustakaan Desa PNM Pomotodon bersama AJK Kelab Perpustakaan, telah menganjurkan aktiviti Kuiz Kaamatan sempena memeriahkan Sambutan Kaamatan Kampung Pomotodon, Dambai dan Malaka 2011. Soalan Kuiz bertemakan Kaamatan dan juga masyarakat Etnik di Sabah iaitu Kaum Kadazan dan Dusun. Penyertaan Kuiz ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peserta dan juga mendapat sokongan ibu bapa mereka. Aktiviti dimulakan pada jam 2.30 petang dan tamat pada jam 4.30 petang. Acara dimulakan dengan taklimat oleh petugas. Pemilihan para pemenang dilakukan oleh petugas dan juga juri dilantik dari kalangan AJK Kelab PD.


Hadiah disediakan bagi pemenang tempat Pertama, Kedua, ketiga dan juga 5 hadiah saguhati. Semua peserta diberikan sijil penyertaan. Perpustakaan turut menerima sumbangan daripada orang ramai dalam pelbagai bentuk untuk dijadikan hadiah acara ini. Acara penyampaian hadiah disampaikan pada Acara Kemuncak iaitu sewaktu Majlis Sambutan Kaamatan di Dewan Pisompuruan pada 04/06/2011. YB Datuk Johnny Goh Adun Inanam merupakan Perasmi Sambutan Perayaan Kaamatan  Kg Pomotodon Dambai dan Malaka 2011 dan beliau turut berbesar hati menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Seramai 24 orang peserta terdiri daripada belia dan kanak-kanak telah menyertai.