07 May 2011

Mesyuarat Kelab PD Pomotodon Bil 02/2011

Bermula jam 2.00 petang hingga 4.00 petang, mesyuarat bilangan ke-dua kelab PD Pomotodon telah dianjurkan. Penasihat Kelab Pn Rosemawati Bt Mohd Ali telah memperkenalkan petugas baru perpustakaan iaitu Pn Hanisah @ Haniah Binti Liman yang merupakan Pembantu Perpustakaan S17. Pn Hanisah juga secara automatik dilantik sebagai Bendahari Kelab Perpustakaan. Puan Penasihat juga telah memaklumkan berkaitan kekosongan jawatan Pembantu Am Pejabat N1 di Perpustakaan. Antara agenda yang dibincangkan ialah, perbincangan berkaitan aktiviti Sambutan Harijadi Kawanku dan juga aktiviti perpustakaan sempena Sambutan Kaamatan Kampung Pomotodon nanti.



Antara perkara yang dibincangkan ialah, tarikh, tempat, pelantikan AJK pelaksana bagi kedua aktiviti tersebut, aturcara, hadiah, makanan, promosi dan yuran. Petugas juga akan menyediakan senarai nama ahli perpustakaan yang akan menyambut hari jadi daripada rekod keahlian perpustakaan. Gotong royong akan diadakan sebelum aktiviti tersebut. Kutipan yuran setiap ajk turut diutarakan bagi mengumpul dana kelab tersebut. Mesyuarat tersebut berjalan dengan lancar. Jamuan makan telah disediakan oleh petugas PD. Petugas juga telah mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan ikhlas daripada yang hadir. Seramai 29 orang telah hadir terdiri daripada dewasa, belia dan kanak-kanak.