09 May 2011

Mini Bengkel Pengurusan Fail PD Zon 16 Sabah

Pada 9 (Isnin) dan 10 (Selasa) Mei 2011. Bermula jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari, satu ‘Mini Bengkel Pengurusan Fail Zon 16 telah diadakan  di  Perpustakaan Desa Kg Pomotodon. Mini bengkel ini diadakan bertujuan untuk member pendedahan dan pembelajaran kepada para petugas pd bagi kawasan Zon 16, Inanam untuk menguruskan fail perpustakaan dengan lebih teratur, kemas dan efisien.  Pn Hanisah Liman telah ditugaskan sebagai pengajar dengan memberikan panduan dan cara-cara menyediakan fail secara praktikal kepada petugas pd iaitu Pn Sharon Sumporoh daripada Pd Kg Kitobu dan Pn Yatti Saimadan petugas Pd Kg Warisan. Antara pengisian yang telah di kongsi ialah pengenalan kepada senarai tajuk perkara bagi fail dan buku log untuk Zon 16, cara membuat minit dan pembahagian isi fail mengikut tajuk perkara.


Petugas juga didedahkan cara membuat label dengan selaras dan kemas termasuk prosedur merekodkan keluar masuk surat atau dokumen. Pn Hanisah dan petugas pd yang lain turut berbincang dan mencadangkan penambahan beberapa tajuk perkara fail untuk lebih spesifik dan teratur.  Mini Bengkel Pengurusan Fail Zon 16 ini merupakan salah satu usaha dan cadangan daripada Puan Rosemawati Mohd Ali, Penyelia Zon 16 untuk menyelaraskan nombor dan jumlah fail yang terdapat di semua pd dalam Zon 16 Sabah. Ini bukan sahaja memudahkan pengurusan malah memudahkan semua petugas berbincang hal-hal berkaitan fail secara bersama. Pelarasan ini di buat juga memudahkan kerja-kerja pemantauan penyelia kearah memantapkan lagi pengurusan Zon 16, Inanam Sabah